Jadual, Carta Kedudukan Dan Keputusan Hoki Piala Dunia Remaja 2016 India. Skuad remaja Malaysia akan beraksi di kejohanan hoki bertaraf antarabangsa iaitu Hoki Piala Dunia Remaja 2016 (Hockey Junior World Cup 2016). Kejohanan edisi ke 11 ini akan berlangsung dari 8 hingga 18 Disember 2016 di Lucknow, India. Pasukan remaja Malaysia di bawah bimbingan Jurulatih, Wallace Tan layak beraksi hanya selepas pasukan Pakistan terpaksa menarik diri. Berikut adalah Keputusan Hoki Piala Dunia Remaja 2016 India melibatkan pasukan Malaysia. Perlawanan akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Arena 801, 802 HD, 810 dan 834 HD.
Keputusan Hoki Piala Dunia Remaja 2016 India
Pasukan Malaysia telah diundi bersama 2 jaguh Eropah iaitu Belanda dan Belgium dalam Kumpulan B. Satu lagi pasukan adalah Mesir. Sebanyak 16 pasukan beraksi dan dibahagikan dalam 4 kumpulan iaitu 4 pasukan setiap kumpulan. Pasukan akan beraksi di Stadium Major Dhyan Chand, Lucknow.
Berikut adalah senarai pasukan dalam setiap kumpulan yang layak beraksi dalam kejohanan Piala Dunia Remaja 2016.
Kumpulan A
- Australia
- Argentina
- Austria
- Korea Selatan
Kumpulan B
- Belanda
- Belgium
- MALAYSIA
- Mesir
Kumpulan C
- Jerman
- Sepanyol
- New Zealand
- Jepun
Kumpulan D
- India
- England
- Afrika Selatan
- Kanada
Jadual Perlawanan Malaysia Di Hoki Piala Remaja Dunia 2016
Berikut adalah keputusan melibatkan pasukan remaja Malaysia di Kumpulan B.
- 9 Disember 2016 (830 malam) – Malaysia vs Belanda : 2 – 7
- 11 Disember (630 petang) – Malaysia vs Mesir : 0 – 0
- 12 Disember (630 petang) – Malaysia vs Belgium : 0 – 0
* Waktu Malaysia
Format Pertandingan
Untuk makluman, 2 pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke suku akhir. Pasukan tangga ketiga akan beraksi dalam perlawanan klasifikasi 9 hingga 12. Manakala pasukan tangga keempat akan beraksi dalam penentuan tempat 13 ke 16.
Diucapkan selamat beraksi buat skuad hoki remaja Malaysia di Kejohanan Hoki Remaja Dunia 2016 di India. Semoga pemain dapat beraksi dengan cemerlang dalam mengejar tempat terbaik kejohanan.