Keputusan Final Super Spontan Superstar 2016. Program Realiti Komedi Popular iaitu Super Spontan Superstar 2016 akan melabuhkan tirainya malam ini selepas 10 minggu bersiaran. Seramai 6 finalis dari 16 senarai peserta awal akan bertarung di peringkat akhir (final) untuk merebut hadiah pertama wang tunai sebanyak RM100,000. Final Super Spontan Superstar 2016 yang bersiaran di Dewan Percubaan UPM, akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Warna 132 dan Mustika HD 134 bermula jam 1000 malam. Keputusan Super Spontan Superstar 2016 akan dikemaskini dibawah ini.
Keputusan Super Spontan Superstar 2016 Final
Enam peserta akan beraksi di final pada hari Jumaat, 7 Oktober 2016. Berikut adalah senarai finalis Super Spontan Superstar 2016 Final yang bertarung untuk merebut hadiah wang tunai RM100,000.
- Abam Bocey
- Achey Bocey
- Fad Bocey
- Ozlyn
- Johan
- Tauke
Keputusan rasmi juara/ pemenang Super Spontan Superstar 2016 Final yang bakal mengikuti jejak Zizan Razak pada tahun 2015 adalah seperti berikut :-
- Juara : JOHAN (Hadiah wang tunai RM100,000)
- Naib juara : ABAM (RM50,000)
- Tempat ketiga : ACHEY (RM20,000)
- Tempat keempat : FAD (RM5,000)
- Tempat kelima : OZLYN (RM5,000)
- Tempat Keenam : TAUKE (RM5,000)
Siapakah Juara Super Spontan Superstar 2016 Final? Nantikan aksi final Super Spontan malam di Astro Warna dan Mustika HD. Semoga anda terhibur dengan aksi peserta kali ini.
No Responses