Berikut dikongsikan maklumat terkini semakan keputusan UPU 2016 online sebagai panduan buat pelajar lepasan SPM, Diploma, Matrikulasi, STPM dan setaraf yang telah membuat permohonan UPU 2016 online ke IPTA/ UA, Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/ Metro, Kolej Komuniti, CIAST dan ILKA sesi 2016/ 2017. Maklumat yang dikongsikan ini termasuk tarikh penting semakan Keputusan UPU 2016 Online, panggilan temuduga dan tarikh pendaftaran UPU 2016.
Maklumat akan dikemaskini dari masa kesemasa. Pelajar boleh merujuk laman web UPU di http://upu.mohe.gov.my/web/ untuk maklumat terkini
Semakan Keputusan UPU 2016 Online
A. Semakan Keputusan Panggilan Temuduga
1) Calon lepasan SPM/ Setaraf
Tarikh semakan : Minggu kedua April 2016
Link semakan UA/ IPTA:-
- Universiti Pendidikan Sultan Idris : 14 April 2016 - Klik UPSI
- UiTM - Portal Kemasukan Pelajar
- Universiti Pertahanan Nasional Malaysia - UPNM
- Universiti Utara Malaysia - UUM
- Politeknik Malaysia : 15 April 2016 - Bahagian Pengambilan Pelajar
Calon lepasan SPM/Setaraf dan SKM bagi Kemasukan Ke Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA - minggu kedua April 2016 dan 15 April 2016 (Politeknik)
2) Calon lepasan STPM dan setaraf
Tarikh semakan : Minggu Ketiga Mei 2016
- Ijazah Sarjana Muda Pendidikan : Semakan panggilan Temuduga (Pendidikan) dan Ujian Medsi : (Untuk calon lepasan Matrikulasi/Asasi, STPM/Setaraf dan STAM) : Minggu ketiga Mei 2016 (17 atau 18 Mei 2016)
- Ijazah Sarjana Muda Bukan Pendidikan : Semakan layak menduduki temuduga/ ujian khas program ISM bagi (tari, teater, komunikasi, dan sains sukan sahaja) sesi 2016/2017 (September) boleh mula disemak mulai 19 Mei 2016 selepas jam 12.00 tengahari.
- Klik Semakan Medsi
B. Semakan Keputusan UPU Ke IPTA & Politeknik Premier Online
Semakan keputusan UPU 2016 online boleh disemak seperti tarikh berikut :-
Calon lepasan SPM/ Setaraf
- UA/ IPTA - 16 Mei 2016 (Isnin) mulai 1200 tengahari sehingga 31 Mei 2016
- Politeknik Premier : 16 Mei 2016 selepas 200 petang.
- Politeknik Konvensional : 26 Mei 2016 selepas 200 petang
Calon lepasan STPM/ Setaraf
- Minggu Kedua Ogos 2016
Semakan online
- Klik - http://upu.mohe.gov.my/web/
Semakan secara SMS
- Taip UPU<jarak> RESULT<jarak>No Kad Pengenalan dan hantar ke 15888
Pemohon juga boleh membuat semakan tawaran kemasukan IPTA menerusi pautan di bawah ini sekiranya link UPU di atas menghadapi kesulitan akibat penggunaan yang tinggi.
- https://intake.utm.my/semakan
- http://jpt.ums.edu.my/asasi.aspx
- https://jpt.unimas.my/hebahanKeputusan/indexspm.jsp
- http://jpt.uum.edu.my/spm/default.aspx
Pemohon yang berjaya hendaklah membuat pengesahan tawaran dan juga mencetak surat tawaran rasmi melalui Laman Web Rasmi IPTA berkaitan ataupun Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) sebelum atau pada tarikh yang akan dikemaskini kelak.
Link Semakan Surat Tawaran
Senarai pautan URL surat tawaran mengikut UA/ IPTA boleh dilayari di LINK TAWARAN:
* akan dikemaskini dari masa kesemasa
C. Semakan Keputusan UPU Ke Politeknik Konvensional/ Metro/ Kolej Komuniti dan ILKA
- Tarikh semakan untuk tawaran Politeknik Konvensional adalah pada 26 Mei 2016 selepas jam 200 petang. Klik UPU untuk membuat semakan
- Akan dikemaskini : Hebahan Keputusan Penempatan dan Cetakan Surat Tawaran Ke Kolej Komuniti di http://www.jpkk.edu.my/jpkk/
D. Permohonan e-Rayuan Keputusan Ke IPTA/ Politeknik
Mereka yang gagal mendapat tawaran ke UA/ IPTA, anda boleh membuat rayuan.
- Calon lepasan SPM/ Setaraf - Minggu akhir Mei 2016 (selama 5 hari sahaja). Klik e-Rayuan UPU 2016
- Calon lepasan STPM/ Setaraf - Minggu kedua Ogos 2016
E. Semakan Keputusan Rayuan UPU
Semakan keputusan rayuan UPU boleh disemak seperti berikut :-
- Calon lepasan SPM/ Setaraf - Minggu kedua Jun 2016. Klik http://upu.mohe.gov.my/web/
- Calon lepasan STPM/ Setaraf - Minggu keempat Ogos 2016
F. Tarikh Penting Permohonan UPU 2016
Berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting Permohonan UPU 2016 online yang dikongsikan dari Laman Web Rasmi UPU.
* Tarikh adalah tertakluk kepada perubahan dari masa kesemasa
Untuk maklumat lanjut Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi UPU di talian helpline (03) 88706767 atau (03) 8870 6777. Talian helpline UPU hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja bermula dari jam 7.30 pagi - 5.30 petang. Anda juga boleh dapatkan informasi terkini di FB UPU BPKP JPT atau Laman Web Rasmi UPU.
Sumber : Panduan Malaysia


