MySemakan

Semakan Online Terkini
Menu
  • Home
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Waktu Solat
  • Contact Us

Cara ingin memikat wanita. Dan inginkan orang sekeliling terpesona dengan bau tubuh anda

Klik SINI!
Home
ONLINE
Permohonan Dana Raya 2016 Terengganu Online

Permohonan Dana Raya 2016 Terengganu Online

Berita baik kepada Rakyat Negeri Terengganu yang layak, Permohonan Dana Raya 2016 Terengganu untuk pemohonan baru kini dibuka dari [junkie-alert style=”red”] 8 Mei sehingga 21 Mei 2016. [/junkie-alert] Permohonan boleh dibuat di atas talian atau online seperti panduan dan langkah yang disertakan di bawah ini.

Permohonan Dana Raya 2016 Terengganu

Permohonan Dana Raya 2016 Terengganu Online

Permohonan Dana Raya Terengganu ini di buka kepada pemohon-pemohon yang layak seperti berikut:-

  • 1. Belum pernah memohon bantuan sebelum ini
  • 2. Pemohon yang telah membuat permohonan pada tahun 2015 tetapi GAGAL dalam permohonan
  • 3. Pemohon yang bertukar jenis kategori, contohnya seperti berikut:-

Pemohon bakti remaja 2015 yang telah berkahwin dan ingin memohon dana perayaan

Isteri kematian suami dimana suami adalah pemohon layak 2015

Pemohon layak 2015 kategori Ibu Tunggal/ Duda yang telah berkahwin Pemohon yang telah mencapai umur 65 tahun bagi Warga Emas

[alert-warning]* Mereka yang tergolong dalam 3 kategori (tukar kategori) di atas perlu menghubungi Pejabat Daerah/ Penyelaras Dun untuk membatalkan permohonan mereka bagi kategori yang terdahulu bagi membolehkan permohonan baru boleh di buat[/alert-warning]

SEE ALSO  Skim Pinjaman Perumahan Anggota Perkhidmatan Awam Johor

Nota

  • Pemohon yang telah layak pada tahun 2015, tidak perlu memohon kecuali kepada mereka yang terlibat dalam pertukaran kategori di atas. Anda akan didaftarkan secara automatik ke dalam sistem untuk semakan JKKK.
  • Pemohon diingatkan untuk mencetak borang permohonan selepas selesai membuat permohonan secara online dan menyerahkan kepada Pengerusi JKKK sebelum 21 Mei 2016 bagi pengesahan dokumen.

Syarat Permohonan Dana Raya 2016 Terengganu

[junkie-alert style=”red”] Syarat-syarat permohonan boleh dirujuk di iDANATTB [/junkie-alert]dan dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu Ibu Tunggal, OKU, Warga Emas dan Orang Miskin. Klik untuk lihat syarat dalam PDF.

Cara Membuat Permohonan Dana Raya Online

Terdapat 6 langkah yang perlu dilalui semasa membuat permohonan seperti berikut, Panduan lengkap cara-cara memohon boleh dirujuk di Manual PDF :

Permohonan bantuan boleh di buat secara online atau manual. Berikut adalah langkah-langkah permohonan :-

  • Secara Online – melayari Portal Negeri Terengganu pada pautan iDANATTB (http://danattb.terengganu.gov.my).

  • Secara Manual – pergi ke Pusat Bestari.com yang berdekatan di DUN masing-masing.

Langkah 1 : Semakan

  • Semakan dibuat dengan menggunkan No. Kad Pengenalan pemohon.

Langkah 2 : Pilihan Bantuan

  • Semua bantuan yang dibuka untuk permohonan akan disenaraikan dan pemohon boleh memilih bantuan yang dibenarkan sahaja.

Langkah 3 : Syarat Kelayakan

  • Semua syarat-syarat kelayakan akan disenaraikan dan pemohon hendaklah mempersetujui syarat-syarat tersebut bagi meneruskan permohonan.

Langkah 4 : Mohon

  • Semua maklumat permohonan yang wajib diisi bertanda *. Sebahagian maklumat adalah pilihan (tidak wajib diisi).

Langkah 5 : Pengesahan

  • Pemohon hendaklah mengesahkan dan bertanggungjawab ke atas semua maklumat permohonan yang telah dibuat.

Langkah 6 : Cetak Permohonan

  • Pemohon dikehendaki mencetak Borang Permohonan dan menyerahkannya
    kepada JKKK untuk dibuat pengesahan. JKKK berhak menerima atau tidak menerima permohonan tersebut. JKKK akan membuat pengesahan Akuan Terima permohonan dan menyerahkan slip Akuan Terima tersebut kepada pemohon sebagai bukti Borang Permohonan telah diterima dan disahkan

Jumlah Bantuan

  • Bantuan raya sebanyak RM300 seorang bagi kategori orang kurang upaya (OKU), warga emas, bapa atau ibu tunggal yang tiada anak
  • RM400 bagi kategori miskin, bujang, berumur 41 tahun ke atas dan bergaji RM1,500 ke bawah dan bapa atau ibu tunggal yang mempunyai anak
  • Dana Bakti Remaja, RM200 akan diberikan kepada mereka yang belum berkahwin yang berumur 21 hingga 40 tahun

Selamat memohon Permohonan iDANATTB Terengganu Online dan semoga berjaya.

Sumber : Dana TTB

Share
Tweet
Google+
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

Pendaftaran Dan Syarat Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim. …

Permohonan Rumah Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim

Berikut dikongsikan Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 Pencemaran Alam buat …

Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 Pencemaran Alam

Tags:PANDUAN PERMOHONAN

5 Comments

  1. mohd fahmi bin supun@hashim

    orang semua dah dpt..selalu nye dpt kenape thun ni xdpt

  2. cikpu

    Kenapa duit dana tak dpt2 thun nin..ke yb tak lgi permuda undi nti jgn cri permuda lagi permuda dah kecwa dgn yb duit dana tak dpt2,.

  3. fatin

    Bila nak dapat duit ni? Senyap je. Jgn jd mcm thn bila entah, senyap je duit xdpt lgsg. Tu duit rakyat tu. Walau sikit, 200 sorang, dh drb dgn semua yg layak dh jd brp ye dok?

  4. mohd ubaidillah bin hashim

    semakan dana raya

  5. mazirah

    assalamualaikum…saya pohon lanjutkan tarikh permohonan ini untuk beberapa hari kerana saya tidak sempat untuk memohon. ini disebabkan saya mengalami masalah kesihatan dan baru berkesempatan untuk memohon…

Leave a Reply

Cancel reply

Recent Posts

  • Tarikh Pembayaran BR1M 2017 Bantuan Rakyat 1Malaysia
  • Waktu Operasi Pos Laju Bulan Ramadhan 2017
  • Tarikh Pembayaran Bonus Raya 2017 Kakitangan Awam
  • Semakan Keputusan PSPM 2016/ 2017 Online
  • Semakan Kad Debit Pelajar 2017 KADS1M
  • Harga Minyak Petrol Diesel Terkini Mingguan Jun 2017
  • Harga Minyak Minggu Ini 1 Jun Hingga 7 Jun 2017

Popular Posts

  • Harga Minyak Petrol Diesel Terkini Mingguan Jun …
  • semakan keputusan upu online
    Semakan Keputusan UPU 2017 Online
  • Keputusan Undian Piala Malaysia 2017
    Keputusan Undian Piala Malaysia 2017
  • Tarikh Nuzul Al-Quran 2017 Malaysia
    Tarikh Nuzul Al-Quran 2017 Malaysia
  • SAPS Ibu Bapa Semakan Keputusan Peperiksaan Online

Categories

Archives

MySemakan

Semakan Online Terkini
Copyright © 2017 MySemakan
Semakan Online Terkini