MySemakan

Semakan Online Terkini
Menu
  • Home
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Waktu Solat
  • Contact Us

Cara ingin memikat wanita. Dan inginkan orang sekeliling terpesona dengan bau tubuh anda

Klik SINI!
Home
ONLINE
Permohonan Diploma PPUM 2017 Online

Permohonan Diploma PPUM 2017 Online

March 18, 2017

Permohonan Program Diploma PPUM 2017 Online. Berita baik buat lepasan SPM yang berminat serta layak untuk mengikuti Program Diploma Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Dikongsikan dari Portal Rasmi Pusat Perubatan Universiti Malaya, Permohonan Diploma PPUM 2017 Online ke program kejururawatan dan perubatan kini dibuka sehingga 2 April 2017.

Cara Buat Permohonan Diploma PPUM 2017 Online

Berikut dikongsikan maklumat permohonan kemasukan ke PPUM sesi 2017. Diantara program/ kursus yang ditawarkan dalam peringkat Diploma adalah :-

Senarai Program Yang Ditawarkan Di PPUM

  1. Diploma Kejururawatan
  2. Radiografi
  3. Diploma Teknologi Makmal Perubatan

Tempat Pengajian : Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Fakulti Perubatan Universiti Malaya

Tarikh Penting Permohonan PPUM

Permohonan PPUM adalah dibuka mulai 16 Mac sehingga 2 April 2017 sehingga jam 1200 tengah malam

Syarat Am Permohonan Diploma PPUM 2017

Berikut adalah syarat am permohonan :-

  • Umur : Berumur 18 hingga 22 tahun
  • Jantina : Lelaki dan Perempuan
  • Taraf Perkahwinan : Bujang
  • Tempoh Program : 3 Tahun (Sepenuh Masa)
SEE ALSO  Pajeri Terung Cara Penyediaan Yang Paling Mudah

Syarat Kelayakan Akademik

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya dan mendapat :-

  • (a) Kepujian dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan), Bahasa Inggeris dan Matematik, SERTA
  • (b) Bagi Program Diploma Kejururawatan – memperolehi kepujian dalam dua mata pelajaran dan salah satu mata pelajaran adalah Sains Teras atau Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Biologi)
  • (c) Bagi Program Diploma Radiografi – memperolehi kepujian dalam dua mata pelajaran Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Fizik dan Biologi)
  • (d) Bagi Program Teknologi Makmal Perubatan – – memperolehi kepujian dalam dua mata pelajaran Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Kimia dan Biologi)

Taraf Kesihatan : Sihat fizikal dan mental serta tidak mengalami kecacatan yang menjadikannya tidak sesuai untuk mengikuti latihan.

Penajaan Pengajian

Calon-calon yang terpilih mengikuti pengajian Diploma Kejururawatan akan ditaja oleh Pusat Perubatan Unversiti Malaya manakala bagi calon Diploma Radiografi dan Diploma Teknologi Makmal Perubatan, anda perlu memohon pinjaman/pembiayaan daripada badan-badan yang memberikan pinjaman pengajian.

SEE ALSO  Tarikh Final Piala Malaysia 2016 Dan Lokasi

Ikatan perjanjian : Calon-calon yang berjaya menamatkan program Diploma Kejururawatan dikehendaki berkhidmat dengan Pusat Perubatan Universiti Malaya selama 5 tahun.

Cara Buat Permohonan Program Diploma PPUM 2017 Online

  1. Permohonan hanya boleh dibuat secara online sahaja melalui http://spp.ummc.edu.my.
  2. Pemohon perlulah membeli ID PPUM yang boleh didapati di Bank Simpanan Nasional berharga RM10.06 untuk membuat permohonan (termasuk RM1.00 caj perkhidmatan Bank Simpanan Nasional + RM0.06 GST).
  3. Pemohon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan baru atau salinan kad pengenalan baru pemohon untuk mendapatkan ID PPUM. Slip pembayaran hendaklah disimpan sebagai rujukan dan ID PPUM perlulah dirahsiakan.
  4. ID PPUM juga boleh digunakan untuk menyemak panggilan temu duga melalui laman web PPUM mulai …. (akan dikemaskini). Tahun 2016 pada 18 April 2016 hingga 22 April 2016. Keputusan temu duga akan diumumkan mulai …. akan dikemaskini. Tahun 2016 pada 30 Mei 2016 sehingga 10 Jun 2016.
  5. Borang permohonan secara online perlu diisi dengan lengkap dan maklumat yang betul.
  6. PERHATIAN : Hanya calon yang disenarai tapis sahaja akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga.
SEE ALSO  Jadual Peperiksaan PAV 2017 Pendidikan Asas Vokasional

Iklan Permohonan Program Diploma PPUM 2017 Online

Berikut adalah iklan permohonan kemasukan ppum 2017 :-


Panduan Penting

  • Cara Penggunaan Applikasi
  • Soalan Lazim Permohonan (FAQ)

Semakan Keputusan Diploma PPUM Online

Semakan status permohonan kepada mereka yang berjaya disenarai pendek bagi sesi temuduga boleh disemak seperti tarikh dan kaedah berikut :-

  • Akan dikemaskini. Tahun 2016 pada 19 April 2016 (Selasa)
  • Applilasi Semakan : Sama seperti applikasi permohonan

Cara Hubungi PPUM

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Talian : 03 -2028 7047 / 03-2028 7071 / 03-2028 7077
Dari jam 08:00 pagi hingga 5:00 petang (Isnin – Jumaat KECUALI Hari Kelepasan Am).
atau E-mel : spp@ummc.edu.my

Selamat membuat Permohonan Diploma PPUM 2017 Online kepada mereka yang berminat dan berlelayakan. Semoga anda berjaya dalam permohonan ini nanti.

Share
Tweet
Google+
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

Format Baru UPSR 2016 : Contoh Soalan/ Instrumen. Format peperiksaan …

Format Baru UPSR 2016 Contoh Soalan Dan Instrumen

Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan Online Dan SMS. Bagaimana semak …

Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan Online

Tags:ONLINE PANDUAN PENDIDIKAN PERMOHONAN SEMAKAN SYARAT KEMASUKAN TARIKH

Leave a Reply

Cancel reply

Recent Posts

  • Lirik Lagu Guru Pembina Bangsa Negara
  • Live Streaming JDT Vs Magwe Fc 3 Mei 2017 Piala AFC
  • Semakan Keputusan MUET Mac 2017 Online
  • Harga Minyak Petrol Diesel Terkini Mingguan Mei 2017
  • Tema Hari Guru Tahun 2017 Guru Pembina Bangsa Negara
  • Harga Minyak Minggu Ini 27 April Hingga 3 Mei 2017
  • Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Mei 2017

Popular Posts

  • semakan keputusan upu online
    Semakan Keputusan UPU 2017 Online
  • Harga Minyak Petrol Diesel Terkini Mingguan Mei …
  • Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Mei 2017
  • Jadual Peperiksaan SPM 2017 Sijil Pelajaran Malaysia
  • Kerja Kursus Sejarah PT3 2017 Peristiwa Bersejarah

Categories

Archives

MySemakan

Semakan Online Terkini
Copyright © 2017 MySemakan
Semakan Online Terkini