Cara Daftar Kad Debit Pelajar KADS1M 2017 Online. Perhatian buat pelajar IPT (Institusi Pengajian Tinggi). Kad debit pelajar atau Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M Debit) akan menggantikan baucar buku 1Malaysia (BB1M) bermula pada tahun 2017.
Kad debit pelajar hanya boleh digunakan untuk membeli bahan ilmiah sahaja di kedai buku yang terpilih di seluruh Malaysia. Oleh itu, bagaimana cara membuat Permohonan Kad Debit Pelajar KADS1M 2017 Online?
Permohonan Kad Debit Pelajar KADS1M 2017 Online
Untuk makluman, semua pelajar IPT adalah wajib membuat Permohonan kad debit pelajar KADS1M. Permohonan boleh dibuat secara online menerusi Bank Rakyat bermula dari 16 Februari 2017 sehingga 31 Mac 2017. Berikut dikongsikan cara membuat permohonan Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)/ kad debit pelajar untuk panduan semua.
Apa Itu KADS1M?
Kad debit ini merupakan kad yang memberi kemudahan kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) untuk menerima diskaun bagi pembelian barangan dan perkhidmatan daripada Rakan Dagang terpilih. Pelajar adalah digalakkan untuk membuat pembelian buku, alat tulis dan alatan komputer.
Kelayakan Permohonan
Permohonan adalah terbuka kepada semua pelajar IPTA / IPTS di bawah seliaan:-
- Kementerian Pengajian Tinggi
- Institut Perguruan
- Kementerian Pelajaran Malaysia
- Kementerian Sumber Manusia
- Lain-lain kementerian yang ditentukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
Ciri-Ciri Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)
Berikut adalah ciri-ciri yang terdapat dalam KADS1M :-
- Kad 3 dalam 1
- BB1M (RM250 telah dikreditkan dalam kad)
- Kad diskaun pelajar
- Kad debit dan ATM
- Sebanyak RM250 akan dikreditkan ke dalam akaun pelajar.
- Maksima pengeluaran adalah RM240. Jika hendak mengeluarkan RM250 sepenuhnya, pelajar boleh berurusan dengan Bank Rakyat untuk menutup terus akaun berkenaan.
Cara Memohon Kad Debit Pelajar KADS1M Secara Online
Berikut adalah cara ringkas dan mudah dalam membuat permohonan Kad debit pelajar secara online.
- Isi borang e-permohonan di www.bankrakyat.com.my/bppt secara online sebelum tarikh tutup permohonan KADS1M pada 31 Mac 2017
- Pastikan alamat emel yang betul dimasukkan
- Setelah memohon, pelajar perlu menunggu e-mail dari Bank Rakyat sebelum dapat mengambil KADS1M Debit di cawangan Bank Rakyat.
- Status permohonan akan disahkan melalui emel permohonan oleh Bank Rakyat
- Kunjungi Cawangan Bank Rakyat yang dipilih untuk pegambilan KADS1M Debit
- Caj kad RM5.00 perlu dibayar semasa mengambil kad
Dokumen yang diperlukan semasa pengambilan KADS1M Debit
- MyKad dan satu (1) salinan
- Kad pelajar dan satu (1) salinan
- Bagi pelajar yang telah mempunyai akaun di Bank Rakyat, anda tetap perlu memohon KADS1M
- Layak kepada pelajar berstatus aktif pada 30 Disember 2016
Semakan Status Permohonan KADS1M 2017 Online
Berikut dikongsikan cara-cara membuat semakan status permohonan Kad Debit Pelajar 2017. Untuk makluman, dua (2) daripada sembilan (9) batch Kad Debit Pelajar (KADS1M) telahpun dikeluarkan. Manakala batch terakhir akan hanya dikeluarkan sekitar bulan September 2017. Jika anda masih tidak mendapat e-mail daripada Bank Rakyat mengenai status permohonan Kad Debit Pelajar anda, jangan risau.
Berikut dikongsikan langkah-langkah cara membuat semakan status permohonan KADS1M anda.
Semakan KADS1M Online
- 1. Applikasi semakan KADS1M https://bppt.bankrakyat.com.my/semakan/
- 2. Sila masukkan No Kad Pengenalan/ No IC
- 3. Klik ‘Semak’
Talian Hotline
- Telefon Bank Rakyat Hotline di 1 300 80 5454
- Pilih Bahasa
- Key in “1” untuk status permohonan KADS1M
- Key In No Kad Pengenalan dan tunggu sehingga panggilan anda diangkat
- Beritahu receptionist yang anda ingin menyemak status permohon Kad Debit Pelajar anda.
- Berikan maklumat lengkap anda seperti yang diperlukan
- Jika permohonan anda tidak terdapat dalam sistem, minta pandangan mereka bagaimana cara untuk memohon semula KADS1M
- Jika permohonan anda terdapat dalam sistem. tahniah diucapkan. Anda hanya perlu menunggu arahan/ dokumen selanjutnya daripada Bank Rakyat dengan penuh sabar
- Pelajar yang telah menerima e-mel dari Bank Rakyat, mereka diminta untuk mengambil KADS1M masing-masing. Ini adalah kerana masih ramai pelajar yang belum berbuat demikian walaupun telah dimaklumkan oleh Bank Rakyat
- Semua urusan agihan Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi melalui KADS1M ini dijangka selesai selewatnya pada 15 Julai 2017
Semakan Status KADS1M Secara Online
Bank Rakyat akan menyediakan satu sistem semakan status permohonan KADS1M yang boleh diakses secara atas talian/ online mulai 1 Jun 2017. KADS1M berkenaan boleh diambil oleh pelajar dari Cawangan Bank Rakyat di seluruh negara berdasarkan maklumat yang didapati semasa membuat semakan.
Nota Penting Permohonan Semula Kad Debit Pelajar
For the application via browsers other than Mozilla Firefox, there’s a big chance that your application is not recorded in the system. Hence, you can try the following steps:
- Open Firefox browser
- Clear all history and cache, and reboot Firefox
- Fill in the form again at https://bppt.bankrakyat.com.my/
Untuk maklumat lanjut sila layari iRAKYAT
Cara Hubungi
Sebarang pertanyaan mengenai KADS1M, sila hubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di talian 1300 80 5454.
Selamat membuat Permohonan Kad Debit Pelajar KADS1M 2017 Online. Jangan lepaskan peluang untuk mendaftar bagi menikmati kemudahan yang terdapat di kad debit pelajar ini.
adepo
boleh tak nak call diorang nak pindah cawangan sebab asal saya buat cawangan kat perlis but now saya dah balik terengganu boleh tak nak tuka?
aishah
saya aw pihak y bertanggungjawab busy jgk.. tapi boleh x korang amat berat sikit berkenaan kad siswa ni.. saya aw sistem skrg dh maju.. berdebit2 bagai. tapi saya rasa y dulu punya(baucer) lebih cepat dan teratur.. sekadar pendapat.. dan saya dh geram sebab knp saya x dpt feedback lagi.. sory yer.. just my opinion.. maap… haishhh
Myrza
Perlu ke sye call bank rakyat untuk menghabiskan credit atau menunggu dgn penuh kesabaran ? Sbb pihak bank rakyat tidak hantar email dkt sye lagi ni.. mohon bg pendapat. .
Farah
Email tak dapat pun..call bank rakyat asyik busy je
PARIMALA GUNASEGARAN
i hv apply 2times.. bt nvr receive any emails frm bank rakyat.. what shud i do?
nur syuhada
assalamualaikum,saya dah buat permohonan , saya tidak mendapat email dan kawan saya sudah mendapat email dan kad tersebut.
iken
yang tak dapat lagi boleh terus call Bank Rakyat 1300805454 untuk membuat semakan samada permohonan sedang diproses atau tidak. Mengikut makluman dari Bank Rakyat, permohonan sedang diproses mengikut peringkat, dan ia akan mengambil masa sehingga September tahun ini.
ell
Bagaimana jika saya terlewat memohon kad debit siswa ini ?
Norsuhadah Abdullah
Can you help me to check my status? I didn’t receive any email from bank rakyat.
SYAZA
DAH LAMA MEMOHON KENAPA XDAPAT LAGI
student
so. it has been a while. so…… where is our “debit” card? i have call several times and my other friend has got it earlier than me. just to say. its unfair. have a nice day 😀
gita omar
pls guide us how to check our status of application for KADS1M
tq
viviana saiga
kad debit bantuan pelajar
Anuar
Macam mana dan di mana nak merujuk permohonan kad ini yg tiada jawapan. Sudah 2 bulan memohon. Dihalau staff Bank Rakyat Seremban kerana gagal kemuka bukti email permohonan sedang telah selesai proses permohonan.
Mark
Sya sudah mohon lama tpi belum ada berita. Mcm mana ni? Kwan sya yg lambat dri sya mohon pun sudah dpt.
Nora
Saya sudah membuat permohonan kad debit siswa sebulan yang lepas hingga kini masih menunggu
Lai Boon Kim
Can you help me to check my status? I didn’t receive any email from bank rakyat yet.
Ang Yi Ting
HI, can i know did i successful register my name for the kad siswa as i havent receive any email from u yet
#pecitaa
kawan saya sudah dpt permohonan kad debit melalui email tetapi saya tidak sedangkan kami memohon bersama. hmm
Khairunnisa
Saya tk dpt jawapan dh lama mohon mcm mne yer
Getrude
Saya pun sdah membuat permohonan kad debit siswa sebulan yang lepas. Sy cuba buat semakan permohonan tp mcm tk dpt je, check email pun tak ada diorang maklumkan.
Ifa
Kad debit ni kegunaan macam kad ATM yang lain ke?
maz
Sy call bank rakyat td. Masih boleh mohon, tarikh tutup dilanjutkan.
helpmeplease
bagaimana jika saya terlewat untuk memohon kad debit siswa ?