Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 2017 Online. Cara memohon MRSM Tingkatan 4 tahun 2017 untuk pelajar PT3 2016? Apakah syarat kemasukan, tarikh permohonan dan link applikasi? Dikongsikan dari Laman Web Rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Permohonan MRSM Tingkatan 4 2017 Online, Maktab Rendah Sains MARA (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak) boleh dibuat bermula secara online dari 13 September sehingga 21 Oktober 2016. Tarikh yang sama juga terpakai untuk Permohonan MRSM Tingkatan 1.
Permohonan MRSM Tingkatan 4 2017 Online
Berita baik buta pelajar tingkatan 3 PT3 2016 yang berpotensi dan berminat, anda boleh membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan Empat (4) MRSM 2017 secara online. Berikut adalah diantara maklumat penting permohonan:-
- Tarikh Buka : 13 September 2016
- Tarikh Tutup : 21 Oktober 2016.
- Tarikh akhir menghantar cetakan borang serta dokumen berkaitan yang telah disahkan ialah selewat-lewatnya pada 4 November 2016 (Untuk Sabah & Sarawak sahaja). Untuk pemohonan dari Semenanjung, Cetakan Borang Permohonan dan semua dokumen berkaitan yang telah disahkan perlu di bawa ke Pusat Ujian semasa UKKM
Syarat Kemasukan
Berikut adalah syarat kemasukan/ kelayakan MRSM Tingkatan 4 tahun 2017 :-
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
- Pelajar Bumiputera tingkatan tiga yang bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.
- Pemohon bukan Bumiputera tingkatan tiga yang sedang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) atau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).
- Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pendidikan Malaysia tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.
- Pemohon mestilah sekurang-kurangnya lulus bagi mata pelajaran Matematik dan Sains dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun, Tingkatan 3
Syarat kelayakan masuk akademik pula adalah :-
Semenanjung Malaysia : Memperoleh keputusan minimum 6A 4B dalam PT3 2016 (tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Tambahan dan Pendidikan Kesenian). Gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains.
Sabah & Sarawak : Memperoleh keputusan minimum 5A 5B dalam PT3 2016 (tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Tambahan dan Pendidikan Kesenian). Gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains
Panduan Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 4
- 1. Pemohonan kata laluan secara percuma adalah bermula dari 13 September hingga 21 Oktober 2016. Ianya boleh di buat secara talian di https://mohon.mrsm.edu.my/form4/login.jsp
- 2. Setelah mendapat kata laluan, langkah seterusnya adalah, pemohon perlu melayari applikasi permohonan dalam talian, untuk mengisi maklumat penting permohonan
- Applikasi Permohonan MRSM Tingkatan Empat 2017 adalah sama dengan applikasi permohonan mendapatkan kata laluan di atas
Iklan Kemasukan
Pemohon dinasihatkan untuk merujuk kepada iklan dan syarat permohonan dalam PDF di bawah ini :-
[Iklan Permohonan Semenanjung] [Syarat Umum Semenanjung] [Iklan Dan Syarat Umum Sabah & Sarawak]
Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM (UKKM)
- Pemohon akan menduduki UKKM pada tarikh di antara 21 hingga 25 November 2016
- Tempat dan tarikh ujian akan dipilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan
- Pemohon perlu membawa Cetakan Borang Permohonan dan semua dokumen berkaitan yang telah disahkan perlu di bawa ke Pusat Ujian semasa UKKM
- Pertanyaan : Sebarang pertanyaan atau masalah yang dihadapi sila hubungi Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03-2613 4509 atau 03-2613 4513.
Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 4 2017
- Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2017. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2017, permohonan dianggap tidak berjaya
- Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan. Permohonan yang tidak lengkap seperti tidak menghantar borang permohonan secara online tidak akan dipertimbangkan
Rayuan MRSM
- Pemohon yang tidak berjaya pada pengambilan pertama akan diberi peluang mengemukakan rayuan secara online (tertakluk kepada markah ketika menduduki UKKM).
- Jika gagal ketika UKKM, pemohon tidak dibenarkan merayu (tiada butang rayuan ketika semakan dibuat).
- Begitulah seterusnya proses permohonan rayuan sehingga semua tempat pelajar MRSM telah dipenuhi
Untuk adik-adik semua, selamat membuat Permohonan MRSM Tingkatan 4 2017 Online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke MRSM yang dihajati.