Semakan Keputusan Tawaran Matrikulasi 2017/ 2018 Online. Perhatian buat lepasan SPM 2016 yang telah membuat permohonan Matrikulasi KPM Kementerian Pendidikan Malaysia sesi kemasukan 2017/ 2018. Semakan Keputusan Matrikulasi 2017 Online dan SMS untuk mereka yang berjaya mendapat tawaran ke Kolej Matrikulasi akan diumumkan dalam masa 30 hari bekerja selepas keputusan SPM 2016 diumumkan. Keputusan SPM 2016 telah diumumkan pada 16 Mac 2017.
Cara Buat Semakan Keputusan Matrikulasi 2017 Online
Untuk makluman, keputusan Matrikulasi pada tahun lepas telah diumumkan pada 14 April 2016. Berikut dikongsikan cara-cara membuat Semakan Keputusan Matrikulasi 2017 samada secara Online atau SMS.
- Tarikh rasmi Semakan keputusan Matrikulasi 2017 : Akan dikemaskini (Jangkaan pada minggu ketiga bulan April 2017)
1. Semakan Online
Pemohon boleh membuat semakan melalui applikasi semakan : TAWARAN MATRIKULASI
Tarikh akan dikemaskini : Tahun lepas pada 14 April 2016 (Khamis) bermula 1200 tengahari sehingga 11.59 malam, 28 April 2016.
2. Semakan Melalui SMS
Melalui Semakan SMS, pemohon perlu menaip
- MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada 15888
*Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan
3. Panggilan Telefon
Pemohon boleh menghubungi Talian telefon pejabat atau bantuan di 03 8884 4083 pada waktu pejabat bermula 8.30 pagi hingga 4.30 petang.
Permohonan Rayuan Matrikulasi 2017 Online
Rayuan Matrikulasi 2017 boleh dilakukan secara online bermula (Akan dikemaskini – tahun 2016 pada 14 hingga 27 April 2016), Iaitu sebaik sahaja anda mengetahui anda tidak mendapat tawaran kemasukan ke Program Matrikulasi KPM.
1. Rayuan Secara Online
Sila rujuk Rayuan Matrikulasi sebagai panduan. Applikasi rayuan : Klik Applikas Semakan yang sama
2. Datang Ke Bahagian Matrikulasi
Pemohon boleh datang sendiri bersama salinan keputusan SPM yang disahkan ke Bahagian Matrikulasi KPM untuk membuat rayuan
3. Tulis Surat Rayuan
Pemohon boleh menulis surat permohonan rayuan secara rasmi seperti contoh surat rayuan Matrikulasi di SURAT RAYUAN. Pemohon perlu melampirkan satu salinan keputusan SPM dan kad pengenalan yang disahkan.
Semakan Keputusan Rayuan Matrikulasi 2017
Pemohon boleh membuat semakan keputusan rayuan Matrikulasi 2017 pada minggu ketiga bulan Jun 2017. Tahun lepas pada 18 Jun 2016. Semakan adalah dengan menggunakan 3 kaedah yang sama diatas. Pendaftaran pelajar rayuan adalah pada (akan dikemaskini : 24 Jun 2016).
Soalan Lazim Dan Cara Hubungi
FAQ soalan lazim mengenai tawaran Matrikulasi boleh dirujuk di MOE. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi Talian telefon pejabat atau talian bantuan – 03 8884 4083/4040/4036 pada waktu pejabat bermula 8.30 pagi – 4.30 petang.
Pemohon perlu melayari laman sesawang kerana calon yang berjaya perlu mencetak surat tawaran dan dokumen untuk dibawa semasa mendaftar di kolej matrikulasi.
Selamat membuat semakan keputusan Matrikulasi 2017 online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Program Matrikulasi KPM.
