Semakan Keputusan MUET November 2016 Online Dan SMS. Bilakah Tarikh keputusan MUET sesi November 2016? Makluman kepada calon ujian Malaysian University English Test (MUET) yang telah menduduki peperiksaan MUET Sesi November 2016. Mengikut rekod tahun-tahun lepas, Semakan Keputusan MUET November 2016 dijangka boleh disemak pada awal Januari 2017. Keputusan MUET boleh disemak secara online dan SMS. Pada tahun 2015, ianya telah diumumkan pada 5 Januari 2016 (Selasa).
Semakan Keputusan MUET November 2016 Online Dan SMS
Berikut disertakan cara-cara membuat Semakan Keputusan MUET November 2016 secara Online Dan SMS. Semakan keputusan MUET boleh disemak selepas pengumuman tarikh rasmi oleh Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di bahagian pengumuman.
Tarikh Semakan
- Semakan bermula jam 1000 pagi. Tarikh akan dikemaskini selepas pengumuman rasmi dari MPM (Tahun 2015 : 5 Januari 2016 – Selasa)
1. Semakan Online
Keputusan MUET boleh disemak secara On-Line di www.mpm.edu.my bermula jam 10:00 pagi, pada tarikh keputusan rasmi diumumkan
2. Semakan Melalui SMS
Semakan keputusan juga boleh disemak melalui khidmat pesanan ringkas SMS mulai 10:00 pagi, pada tarikh keputusan diumumkan
- Taip MUET [jarak] RESULT [jarak] No. K/P dan hantar ke 15888
Tahniah kepada yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan MUET sesi November 2016. Kepada mereka yang bercadang untuk menduduki peperiksaan MUET tahun 2017, anda boleh merujuk Kalendar Peperiksaan MUET (Akan dikemaskini) untuk mengetahui tarikh penting pendaftaran.