Semakan Syarat Kelayakan Permohonan UPU iMASCU. Berikut dikongsikan cara membuat Semakan Syarat Kelayakan Permohonan UPU iMASCU. Calon-calon yang ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam melalui Permohonan UPU online kini boleh membuat semakan kelayakan melalui Sistem Semak Syarat. Applikasi semakan iMASCU ini telah dilancarkan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi dan UPU. Senarai kategori permohonan UPU pula boleh dirujuk di Laman Web UPU.
Semakan Syarat Kelayakan Permohonan UPU iMASCU
iMASCU, Sistem Semakan Syarat dapat membantu pelajar untuk menyemak syarat kelayakan untuk pelbagai program pengajian di UA merangkumi Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
Langkah Membuat Semakan
Berikut adalah panduan ringkas cara membuat semakan syarat kelayakan permohonan UPU secara online melalui iMASCU, Semak Syarat.
- Layari Laman iMASCU : Sistem Semakan Syarat. Klik SEMAK SYARAT
Isi maklumat yang diperlukan oleh sistem semakan. Diantara maklumat pelajar yang perlu diisi adalah :-
- No MYKAD (12 digit no)
- Nama
- No Tel
- Kategori
Lepasan SPM
Pelajar dikehendaki untuk mengisi maklumat matapelajaran yang diambil beserta dengan gred yang diperolehi dalam peperiksaan SPM. Keputusan peperiksaan percubaan juga boleh digunakan untuk Fasa Pertama.
- Setelah mengisi sepenuhnya senarai matapelajaran dan gred, sila Klik SEMAK
Lepasan STPM
Sama seperti lepasan SPM, pemohon lepasan STPM juga perlu mengisi senarai matapelajaran dan gred. Tambahan maklumat yang pelu diisi adalah keputusan SPM dan MUET.
- Langkah seterusnya, Klik SEMAK
Semakan keputusan akan berjaya selepas anda bersetuju dengan Terma dan Syarat yang dipaparkan dalam mesej pengesahan Pop-Up. Senarai UA/ Institusi yang pelajar layak memohon akan dipaparkan. Klik UA/ Institusi yang berkenaan untuk melihat program yang layak dipohon.
e-Panduan Permohonan Ke UA/ Politeknik Premier
Selain Sistem Syarat, pemohon juga boleh merujuk kepada e-Panduan Permohonan Kemasukan ke Universiti Awam/Politeknik Premier. Antara maklumat yang dipaparkan adalah
- Maklumat UA/ Politeknik Premier
- Senarai program yang ditawarkan
- Syarat Khas Program
Sila layarai Sistem e-MAS untuk panduan selanjutnya
Semoga perkongsian Semakan Syarat Kelayakan Permohonan UPU iMASCU ini bermanfaat buat semua pelajar. Moga ianya boleh dijadikan panduan dalam memilih UA/ Institusi dan program yang bersesuaian untuk anda. Selamat membuat semakan.