Senarai Peserta Gegar Vaganza Musim 3 Tahun 2016. Siapakah peserta Gegar Vaganza 3 2016? Program realiti hiburan popular, Gegar Vaganza (GV3) bakal kembali lagi untuk musim ketiga tahun 2016. Gegar Vaganza 3 akan mula bersiaran dari 16 Oktober 2016 selama 8 minggu bermula jam 900 malam dari Dewan Auditorium, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor.
Peserta Gegar Vaganza 3 2016
Gegar Vaganza 3 2016 akan disiarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123). Ianya akan menampilkan 12 penyanyi (6 lelaki dan 6 wanita) yang pernah popular sewaktu masa dulu. Mereka yang berjaya mengelak dari penyingkiran mingguan akan bersaing setiap minggu hingga peringkat akhir untuk bergelar juara.
Berikut adalah Senarai Peserta Gegar Vaganza 3 2016 dengan penyertaan seramai 12 artis iaitu 6 lelaki dan 6 wanita. Juara musim pertama Gegar Vaganza adalah Ayai, Ilusi. Juara musim kedua pada tahun 2015 pula adalah Siti Nordiana.
Peserta Lelaki
- Ameng Spring
- Gmie Screen
- Razis Ismail
- Rem
- Shidi Data
- Zarul Umbrella
Peserta Wanita
- Azharina Azhar
- Elly Mazlein
- Intan Sarafina
- Nora
- Siti Sarah
- Zur Eda
Berikut disenaraikan senarai hos, juri tetap dan jumlah hadiah untuk pemenang Gegar Vaganza 3 2016.
Hos/ Pengacara GV3
- Nabil Ahmad
- Jihan Muse
Juri Profesional Tetap
- Datuk Ramli MS
- Datuk Khatijah Ibrahim
Hadiah Untuk Pemenang Gegar Vaganza 3
- Juara : RM100,000
- Naib Juara : RM50,000
- Ketiga : RM30,000
- Keempat : RM15,000
- Kelima : RM10,000
- Keenam : RM5,000
Siapakah artis pilihan anda untuk menjadi juara Gegar Vaganza 3 2016? Nantikan Konsert mingguan Gegar Vaganza secara langsung di Astro bermula 16 Oktober 2016.
[…] Juara AF 2016 Final Akademi Fantasia yang merupakan minggu akhir dan bakal digantikan oleh Gegar Vaganza 2016 bermula 16 Oktober […]
[…] Pendakwah Nusantara tahun 2016 musim keempat akan melabuhkan tirainya malam ini, 9 Oktober 2016. Program realiti keagamaan popular TV3 ini telah bersiaran dari hujung bulan Julai yang lalu. Pentas akhir Da’i […]