Senarai Penuh Peserta Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM). Anda peminat rancangan Maharaja Lawak Mega? Berita baik buat anda. Program komedi popular Malaysia terbitan Astro, Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) – Musim Keenam akan kembali lagi Februari ini. Program realiti bersiri bersiaran secara langsung ini akan mengabungkan beberapa pelawak lama dan baru berkumpulan dan solo. Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM) yang mengandungi nama-nama besar yang bakal bertanding kali ini adalah Kumpulan Bocey, Shiro dan Joras. Bekas Juara MLM, Kumpulan Zero juga bakal kembali menghangatkan MLM tahun ini.
- Keputusan Penyingkiran mingguan sila klik MLM Siapa Tersingkir?
Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM)
Berikut adalah Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega 2017 MLM yang bakal bersaing merbut hadiah utama RM500,000. MLM 2017 akan bersiaran secara langsung LIVE setiap Jumaat jam 1000 malam bermula 17 Februari 2017 di Astro Warna 132 dan Astro Mustika HD saluran 134. Peserta kali ini bakal menampilkan 15 pelawak daripada Maharaja Lawak Mega, Raja Lawak, Skool Of Lawak dan Lawak Solo. Tema tahun ini adalah “Lanun @ Empayar Lawak”.
Nama Peserta MLM 2017 Maharaja Lawak Mega
Berikut senarai 15 peserta MLM 2017 (12 peserta kumpulan dan 3 peserta solo).
- Joras : Rahim Joey & Syuk
- Shiro : Ajak & Shahrul
- Zero : Atu, Syaiful & Sharif
- Abioso : Amin, Sarip & Mama
- Dzawin (Solo)
- Mamu : Babu & Ajo
- Puteh : Mamak & Ali
- Pistol : AG Hafiz & Raja Azri
- XOXO : Wan, Wan Gegau & Chot
- Mad : Solo
- Danial : Solo
- Masin : Vicha, Jiggy & Mamat
- Hobit : Bocil, Amir & Dinn
- Nice : Achong, Ropie & Tauke
- Bocey : Abam, Fad & Achey
Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM)
Berikut dikongsikan maklumat ringkas rancangan Maharaja Lawak Mega 2017 :-
Format Pertandingan
Masih mengekalkan format permarkahan iaitu 70 % dari juri tetap dan 30 % undian penonton
Hadiah
- Juara : wang tunai RM500,000 beserta trofi
- Naib juara (Kedua) : RM250,000
- Ketiga : RM150,000
- Keempat : RM50,000
- Kelima : RM25,000
Waktu Siaran
Setiap Jumaat bermula 17 Februari 2017 (Jam 1000 malam). Siaran Langsung di Astro Warna saluran 132 dan Astro Mustika HD saluran 134
Hos
Datuk AC Mizal
Barisan Juri
Empat barisan juri tetap akan diketahui pada episod pertama MLM 2017
Selamat beraksi but semua Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM). Semoga anda terhibur dengan aksi lucu para pelawak di MLM kali ini.