Semakan BR1M 2017 Lulus Atau Tidak. Berikut adalah Cara membuat Semakan Status BR1M 2017 samada lulus atau tidak dan cara membuat Rayuan BR1M 2017 . Kini lebih mudah. Status permohonan BR1M 2017 boleh di semak secara online dan yang juga melalui beberapa kaedah lain yang dinyatakan di bawah ini. Semakan BR1M 2017 / BRIM kini boleh disemak manakala tarikh semakan rayuan hanya akan dikongsikan selepas pengumuman rasmi dari Laman Web e-BR1M.
- Tarikh Pembayaran BR1M 2017 boleh dirujuk di Jadual Pembayaran
- Permohonan Rayuan BRIM 2017 boleh dibuat di semua Cawangan LHDNM mulai 3 April 2017 sehingga 31 Mei 2017
Semakan BR1M 2017 Lulus Atau Tidak
Status permohonan dan rayuan BR1M 2017 akan boleh disemak menggunakan kaedah-kaedah semakan seperti berikut. Status permohonan BR1M 2017 boleh diketahui apabila kerajaan mengumumkan mengenai pembayaran BR1M 2017.
1. Semakan Status Online
Semakan menggunakan MyKad (12 Digit) sahaja.
Contoh: 860424035123
Klik BR1M 2017 untuk status Permohonan
Berikut adalah diantara status yang terpapar selepas pemohon membuat semakan secara online:-
- Diterima : Permohonan Telah Didaftar
- Dalam Proses : Permohonan Dalam Proses Semakan Dan Verifikasi Kelayakan
- Ditangguhkan : Pemohon Perlu Membuat Kemas Kini Maklumat Permohonan
- Lulus : Permohonan Telah Diluluskan / Berjaya
- Tidak Lulus : Permohonan Tidak Diluluskan / Tidak Berjaya. Permohonan yang berstatus Tidak Lulus (Maklumat pendapatan pemohon / pasangan / tanggungan perlu pengesahan), pemohon TIDAK perlu hadir ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk sebarang pengesahan. Pemohon boleh hadir ke Cawangan LHDNM semasa tempoh rayuan (3 April 2017 sehingga 31 Mei 2017) untuk permohonan rayuan BR1M 2017.
- Status Kredit Tidak Berjaya : Permohonan yang berstatus lulus tetapi proses pengkreditan Fasa 1 ke akaun bank adalah tidak berjaya (gagal kredit). Penerima berkenaan akan menerima surat makluman gagal kredit bertarikh 10 Mac 2017 [BK-02A(2)(i) / BK-02B(2)(i) / BK-02C(2)(ibt) / BK-02C(2)] iaitu surat makluman bersama baucar yang berwarna kelabu (cetakan hitam putih). Penerima perlu hadir ke mana-mana cawangan BSN dengan membawa surat berkenaan untuk penunaian mulai 20 Mac 2017.
2. Status Melalui e-Mail
Makluman mengenai status permohonan akan boleh dihantar melalui e-mel berdasarkan alamat e-mel yang dikemukakan semasa permohonan terutama bagi permohonan yang berstatus tidak lulus. Pemohon juga boleh menghantar email ke alamat br1m@treasury.gov.my untuk mengetahui status permohonan/ rayuan atau pertanyaan lain. Nyatakan nama penuh dan no kad pengenalan di dalam email.
3. Melalui POS
Surat makluman yang akan dicetak dan diposkan kepada pemohon.
4. Semakan Melalui Telefon
- Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
5. Hadir Ke Pejabat
Pemohon boleh hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.
6. Applikasi Mobile Semakan BR1M
Penerima BR1M kini boleh membuat semakan BR1M menggunakan Applikasi Mobile Semakan BR1M. Terdapat 2 jenis platform yang telah dibangunkan iaitu Android dan iOS. Diantara semakan yang boleh dibuat melalui applikasi semakan ini adalah :-
- Status penghantaran borang
- Semakan status permohonan
- Status rayuan
- Semakan status bayaran
Applikasi boleh dimuat turun di Play Store (Android) dan App Store (iOS).
Langkah Buat Semakan BRIM Melalui Appplikasi Mobile
- Pilih Play Store atau App Store dan cari Semakan BR1M’. Kemudian muat turunaplikasi tersebut
- Buka aplikasi semakan yang telah berjaya dimuat turun, paparan Laman Utama akan dipaparkan
- Untuk membuat semakan permohonan, sila pilih tab Semakan. Masukkan nombor pengenalan di ruangan yang disediakan dan pilih Semakan Status
- Jawab 2 soalan keselamatan dengan betul. Pemohon diberikan sebanyak 3 kali cubaan untuk menjawab setiap soalan. Selepas 3 kali gagal menjawab, semakan tidak dapat dilakukan bagi nombor pengenalan tersebut.
- Sila hubungi Cawangan LHDNM berdekatan untuk semakan lanjut. Pemohon boleh menukar soalan dengan pilih butang Tukar Soalan.
- Paparan keputusan akan dikeluarkan sekiranya pemohon berjaya menjawab dua soalan keselamatan
- Pemohon boleh pilih pada tab Hubungi untuk membuat panggilan sekiranya terdapat sebarang pertanyaan.
Borang Rayuan BR1M
Menurut Portal Rasmi e-BR1M, Permohonan Rayuan boleh dibuat di semua Cawangan LHDNM mulai 3 April 2017 sehingga 31 Mei 2017
Tarikh Pembayaran BR1M 2017 Bantuan Rakyat 1Malaysia
1. Kategori e-Kasih (Pendapatan Bulanan di bawah RM1,000 sebulan) : Jumlah Bantuan RM1200
- Daftar Borang eKasih
- Ansuran Pertama : RM400 : Bayaran Fasa 1 BR1M 2017 bagi pembayaran secara baucar adalah mulai 18 Februari 2017. Pembayaran melalui pengkreditan ke akaun bank adalah bermula dari 22 Februari 2017.
- Ansuran Kedua : Jun 2017 : RM400
- Ansuran Ketiga : Ogos 2017 : RM400 (RM300 : 15 Jun 2016 – sempena Hari Raya Aidilfitri) (23 Jun 2016)
- Ansuran Keempat : Tiada (RM250 : 28 September 2016)
2. Kategori Pendapatan Bawah RM3k : Jumlah Bantuan RM1,200
- Ansuran Pertama : Februari 2017 : RM400. Pembayaran Fasa 1 BR1M 2017 bagi pembayaran secara baucar adalah mulai 18 Februari 2017. Melalui pengkreditan ke akaun bank adalah bermula dari 22 Februari 2017.
Pembayaran pertama bermula 18 Februari 2017 (baucar) dan 22 Februari 2017 (Akaun Bank) - Ansuran Kedua : Jun 2017 : RM400
- Ansuran Ketiga : Ogos 2017 : RM400
3. Kategori Pendapatan RM3k Hingga RM4k : Jumlah Bantuan RM900
- Ansuran Pertama : Februari 2017 : RM300. Pembayaran Fasa 1 BR1M 2017 bagi pembayaran secara baucar adalah mulai 18 Februari 2017. Bayaran melalui pengkreditan ke akaun bank adalah bermula dari 22 Februari 2017.
Bayaran pertama bermula 18 Februari 2017 (baucar) dan 22 Februari 2017 (Akaun Bank) - Ansuran Kedua : Jun 2017 : RM300
- Ansuran Ketiga : Ogos 2017 : RM300
4. Kategori Individu Bujang Pendapatan Bawah RM2k : Jumlah Bantuan RM450
- Februari 2017 : RM450 (RM400 pada 28 Januari 2016).
- Bayaran pertama bermula 18 Februari 2017 (baucar) dan 22 Februari 2017 (Akaun Bank)
SYARAT KELAYAKN BR1M
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
- Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
- Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
- Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
- Tidak termasuk pelajar yang menerima Kad Debit Pelajar
Kemukakan Salinan:
- MyKad bagi pemohon
- MyKad / MyPR / MyKid / Sijil Lahir / Pasport bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
- Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.
Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2016.
SENARAI BANK UNTUK PEMBAYARAN BR1M 2017
| BIL | NAMA BANK |
|---|---|
| 1 | AFFIN BANK |
| 2 | AGRO BANK |
| 3 | ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD |
| 4 | AM BANK BERHAD |
| 5 | AL RAJHI BANK |
| 6 | BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD |
| 7 | BANK RAKYAT |
| 8 | MUAMALAT MALAYSIA BERHAD |
| 9 | BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN) |
| 10 | CIMB BANK BERHAD |
| 11 | CITIBANK BERHAD |
| 12 | HONG LEONG BANK |
| 13 | HONGKONG SHANGHAI BANK MALAYSIA BHD |
| 14 | MAYBANK |
| 15 | OCBC BANK |
| 16 | PUBLIC BANK BERHAD |
| 17 | RHB BANK BERHAD |
| 18 | STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA BHD |
| 19 | UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BERHAD |
Selamat membuat semakan BR1M 2017 (status permohonan dan rayuan) dan semoga anda berjaya. Kepada mereka yang berjaya dalam permohonan anda, gunakan bantuan yang diberikan dengan berhemah. Kredit Panduan Malaysia




Philomina Tanyea David
Selamat pagi tuan puan
Saya Philomina Tanyea David a/p Albert Ruban. No kad pengenalan saya 850702-07-5092. Tuan puan, Saya belum masuk brim. Tahun sebelum saya ada dapat. Suami saya seorang kerja. Saya suri rumah sekarang. Tuan puan tolong dapatkan saya semula.
Terima kasih.
Philomina Lawrence.
Kulaijaya Johor Bahru.
Tip Resume
Selamat membuat semakan BR!M, tahniah kepada yang berjaya
MySemakan
Visitor Rating: 5 Stars
Anonymous
Visitor Rating: 5 Stars
Anonymous
Visitor Rating: 5 Stars
Anonymous
Visitor Rating: 5 Stars
Anonymous
Visitor Rating: 5 Stars
Anonymous
Visitor Rating: 5 Stars