Syarat Permohonan MRSM Tingkatan 4 Terkini. Adakah anda layak memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 2017? Berikut adalah Syarat Kemasukan MRSM Tingkatan 4 Terkini yang dikongsikan dari MARAGOV. Syarat kelayakan terkini adalah untuk sesi pengambilan tahun 2017 yang telah dibuka dari 13 September hingga 21 Oktober 2016.

Syarat Kemasukan MRSM Tingkatan 4 Terkini

Berikut adalah Syarat Kemasukan MRSM Tingkatan 4 untuk sesi tahun 2017 untuk panduan buat pelajar yang berminat untuk memasuki MRSM. Pemohon hendaklah mempunyai keperibadian yang baik dan memenuhi syarat kelayakan seperti di bawah:

  1. Memiliki sikap diri yang positif.
  2. Tahap kesihatan yang baik dan mampu menjalani program kecerdasan fizikal.
  3. Pelajar bersedia untuk tinggal di asrama sepanjang tempoh pengajian dan mematuhi arahan serta peraturan dengan penuh disiplin.
  4. Aktif kegiatan kokurikulum dan bersedia mengikuti pelbagai program yang dianjurkan.
  5. Sentiasa menjaga nama baik keluarga, MRSM dan MARA
SEE ALSO  Semakan Tawaran Dan Rayuan Matrikulasi 2016 Online

Berikut pula adalah syarat umum kelayakan masuk ke MRSM Tingkatan 4 tahun 2017 :-

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Ibu atau bapa warganegara Malaysia
  3. Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Semenanjung Malaysia :
    i. Bumiputera tingkatan tiga.
    ii. Bukan Bumiputera tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Menengah Kebangsaan.
  4. Memperoleh keputusan 6A 4B dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun 2016.
  5. Pemohon hendaklah menjawab Online Self-Assessment (OSA) dalam tempoh yang ditetapkan.
  6. Pemohon akan menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) Tingkatan 4 pada tarikh antara 21 hingga 25 November 2016 yang akan diadakan di semua MRSM di Semenanjung Malaysia

Program MRSM

Terdapat tiga program yang berteraskan Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) dilaksanakan di MRSM, adalah seperti berikut:

  • i. MRSM Program Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM)
    Program ini melaksanakan Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM)
  • ii. MRSM Program SPMRSM Teknikal
    SPMRSM Teknikal menerapkan elemen teknikal melalui subjek Sains Kejuruteraan yang merangkumi ilmu Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrik & Elektronik.
  • iii. MRSM Sains Keusahawanan
    SPMRSM Sains Keusahawanan menerapkan elemen keusahawanan melalui subjek prinsip perakaunan dan ekonomi asas.
SEE ALSO  Kerja Kursus Geografi PT3 2016

Syarat Kelayakan Masuk Akademik

1) Pemohon Dari Semenanjung

Memperoleh keputusan minimum 6A 4B dalam PT3 2016 (tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Tambahan dan Pendidikan Kesenian). Gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains.

1) Pemohon Sabah Dan Sarawak

Memperoleh keputusan minimum 5A 5B dalam PT3 2016 (tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Tambahan dan Pendidikan Kesenian). Gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains.

ONLINE SELF-ASSESSMENT (OSA)

Pemohon juga perlu menjawab Online Self-Assessment bagi subjek Keperibadian dan Bahasa Inggeris dalam tempoh yang ditetapkan di pautan (link) yang akan diberikan dalam cetakan borang permohonan. Pemohon perlu mengisi nombor telefon dan emel yang boleh dihubungi untuk memudahkan penyaluran maklumat permohonan.
Tempoh mengisi borang permohonan online dan menjawab Online Self-Assessment
ialah mulai 13 September hingga 21 Oktober 2016.

Pemohon Semenanjung : Cetakan borang permohonan dan semua dokumen
berkaitan yang telah disahkan perlu dibawa ke pusat ujian semasa UKKM.

SEE ALSO  Semakan Keputusan USM 2016 Online

Pemohon Sabah Dan Sarawak : Pemohon perlu menghantar cetakan borang permohonan online dan semua dokumen berkaitan yang telah disahkan ke alamat di bawah:

(Permohonan ke Tingkatan 4 Tahun 2017)
Pengarah,
Bahagian Pendidikan Menengah,
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, 21, Jalan MARA,
50609 KUALA LUMPUR.

Tarikh akhir menghantar cetakan borang serta dokumen yang telah disahkan ialah selewat-lewatnya pada 4 November 2016.

Maklumat Penting

Pemohon dinasihatkan untuk merujuk kepada iklan dan syarat permohonan dalam PDF di bawah ini :-
[Iklan Permohonan Semenanjung] [Syarat Umum Semenanjung] [Iklan Dan Syarat Umum Sabah & Sarawak]

Semoga Syarat Kemasukan MRSM Tingkatan 4 Terkini ini boleh dijadikan panduan buat pelajar sebelum membuat permohonan.

(Visited 82 times, 1 visits today)

Leave a Reply