Video Maharaja Lawak Mega 2016 Final
Rancangan realiti Komedi, Maharaja Lawak Mega 2016 akhir (Minggu empat belas) telah melabuhkan tirainya pada hari Jumaat, 29 April 2016 di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang Johor. 4 finalis telah bertarung dengan sengit dimana Kumpulan Bocey telah berjaya menggondol hadiah utama tempat pertama berjumlah RM500,000. Kumpulan Joras di tempat kedua manakala Puteh dan LOL di tangga ketiga dan keempat. Berikut dikongsikan Video Maharaja Lawak Mega 2016 Final minggu 14 yang terbahagi kepada dua segmen iaitu Bebas dan Muzikal.
Video Maharaja Lawak Mega 2016 Final
Bebas
Muzikal
Semoga anda terhibur dengan aksi pelawak di Video Maharaja Lawak Mega 2016 Akhir. Tahniah kepada para pemenang MLM 2016 kali ini yang berjaya mengikut jejak langkah Jozan, Sepahtu dan Zero yang merupakan bekas Juara Maharaja Lawak Mega.

