Panduan Cara Daftar Kelahiran Anak Di JPN

Cara Mendaftar Kelahiran Anak Di JPN. Bagaimanakah cara ibu bapa untuk mendaftar kelahiran anak di JPN? Berikut dikongsikan Panduan Cara Daftar Kelahiran Anak Di JPN yang dikongsikan dari FB Jabatan Pendaftaran Malaysia. Untuk makluman, setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia hendaklah didaftarkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh kelahiran kanak-kanak tersebut. Denda lewat akan dikenakan jika pendaftaran kelahiran dibuat selepas tamat tarikh tersebut.

Cara Daftar Kelahiran Anak Di JPN
Cara Daftar Kelahiran Anak Di JPN

Panduan Cara Daftar Kelahiran Anak Di JPN

Berikut dikongsikan cara-cara membuat pendaftaran kelahiran anak di JPN sebagai panduan buat ibu bapa/ penjaga :-

Syarat Permohonan

Berikut adalah senarai individu yang boleh membuat pendaftaran kelahiran anak mereka di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) :-

  1. Ibu atau bapa kanak-kanak
  2. Penjaga kanak-kanak yang sah
  3. Individu yang mengetahui tentang kelahiran kanak-kanak
  4. Ibu dan bapa kanak-kanak (bagi pendaftaran kelahiran anak tak sah taraf)

Borang Permohonan Dan Dokumen Yang Diperlukan

Berikut adalah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat pendaftaran :-

A. Dokumen Kanak-Kanak

  • Borang daftar kelahiran JPN.LM01 yang perlu diisi dengan lengkap. Anda bolej memut tutun atau download borang di LM01
  • Borang Pengesahan Kelahiran daripada hospital atau Surat Akuan Bidan Doktor bagi kelahiran di rumah (salinan asal)
  • Kad Pranatal (Buku Rawatan Mengandung) (Asal dan salinan)

B. Dokumen Ibu Bapa (Asal Dan Salinan)

  • Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau pasport bagi Ibu dan bapa kanak-kanak serta individu yang melaporkan kelahiran (Asal dan salinan)
  • Sijil kematian ibu dan bapa kanak-kanak (asal dan salinan jika berkaitan)
  • Sijil Perkahwinan atau Penceraian (Asal dan Salinan)

C. Dokumen Pemaklum (Asal Dan Salinan)

  • Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Pasport (Asal dan salinan)
Daftar kelahiran anak
Grafik cara daftar kelahiran anak

Kadar Bayaran

Berikut adalah kadar bayaran yang dikenakan mengikut jebis kes yang tertentu :-

  1. Tiada bayaran bagi pendaftaran kelahiran biasa dalam tempoh hari pertama sehingga hari ke 14 kelahiran berlaku
  2. Bayaran RM5.00 bagi pendaftaran kelahiran lambat dalam tempoh hari ke 15 sehingga hari ke 41 kelahiran berlaku
  3. Bayaran RM10.00 bagi pendaftaran lewat dalam tempoh hari ke 42 dan setrusnya dari tarikh kelahiran

Semoga perkongian Panduan Cara Daftar Kelahiran Anak Di JPN ini bermanfaat buat semua. Elakkan didenda. Sila buat pendaftaran di senarai pejabat JPN yang berdekatan di tempat anda.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*