Pemilihan Terbuka Perajurit Muda Udara (TUDM) 2017

Pengambilan TUDM 2017 Tentera Udara DiRaja Malaysia. Perhatian buat mereka yang berminat untuk menyertai TUDM. Jom hadir di Pemilihan Terbuka Perajurit Muda Udara (TUDM) 2017 hanya untuk lelaki dan bukan Bumiputera. Dikongsikan dari Facebook Kerjaya TUDM, berikut dikongsikan senarai pengambilan dan permohonan melibatkan kerjaya/ jawatan kosong di TUDM.

Maklumat yang dikongsikan memaparkan senarai pengambilan terkini melibatkan Perajurit Muda Udara, Pegawai Kadet dan kerjaya lain-lain pangkat di TUDM.

Pemilihan Terbuka Perajurit Muda Udara (TUDM) 2017

Senarai Lokasi Pemilihan Terbuka Perajurit Muda Udara (TUDM) 2017

Maklumat terkini pemgambilan TUDM boleh dirujuk untuk tahun 2017 adalah seperti berikut :-

1. Pemilihan Terbuka Perajurit Muda Udara SIRI 57/17 (Lelaki) Bukan Bumiputera

A. Lokasi : Wisma MCA Kuantan, Pahang

  • Tarikh : 19 April 2017 (Rabu)
  • Masa Pendaftaran : 10.00 pagi – 11.00 pagi

B. Lokasi : Hall of Kedah Foo Chaw Association, Alor Setar Kedah

  • Tarikh : 21 April 2017 (Jumaat)
  • Masa Pendaftaran : 9.00 pagi – 10.00 pagi

C. Lokasi : Dewan Perhimpunan Cina Majung, Perak

  • Tarikh : 30 April 2017 (Ahad)
  • Masa Pendaftaran : 9.00 – 10.00 pagi

Syarat Pemilihan Perajurit Muda TUDM

Permohonan Terbuka kepada belia-belia BUKAN BUMIPUTERA yang berminat serta berkelayakan. Sila hadir ke Pusat Pemilihan yang ditetapkan diatas dengan membawa keperluan dokumen ASAL dan sesalinan seperti berikut:-

  • a. MyKad
  • b. Sijil Lahir Terkini (bewarna hijau)
  • c. Sijil SPM
  • d. SKM (Tahap 2/3)
  • e. Diploma/Transkrip
  • f. Sesalinan MyKad ibu dan bapa
  • g. Alat tulis secukupnya

Keterangan dan maklumat lanjut berkaitan sila layari laman sesawang www.airforce.mil.my bagi PROSPEK KERJAYA LAIN-LAIN PANGKAT TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA.

Kepada yang berminat, sila hadir ke Pemilihan Terbuka Perajurit Muda Udara (TUDM) 2017 di lokasi yang dinyatakan diatas. Semoga anda berjaya untuk menyertai TUDM kelak.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.