Pendaftaran Permohonan Latihan Separa Perubatan SPA

Permohonan Latihan Separa Perubatan SPA
Pendaftaran Permohonan Latihan Separa Perubatan SPA

Jawatan Kosong Latihan Separa Perubatan SPA Online. Berita baik buat mereka yang berkelayakan dan sedang mencari kerja kosong di perkhidmatan awam/ kerajaan. Dalam bulan Januari 2017, SPA akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong untuk Kemerterian Kesihatan Malaysia menurut FB SPA. Pendaftaran Permohonan Latihan Separa Perubatan SPA perlu dibuat secara online. Jawatan kosong yang terlibat adalah Latihan Separa Perubatan bertaraf Diploma dan Sijil.

Borang Permohonan Latihan Separa Perubatan SPA Online

SPA sedang mencari individu untuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut :

  1. Keterampilan yang baik
  2. Semangat tinggi bekerja dalam kumpulan
  3. Bakat kepimpinan
  4. Ciri-ciri jati diri yang cemerlang
  5. Mempunyai kelayakan profesionalisma yang sesuai dengan jawatan

Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan-jawatan diatas tidak perlu mendaftar semula. Namun sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku, Tarikh tutup permohonan baru adalah sebelum atau pada 15 Januari 2017 (Ahad) jam 1159 malam.

[junkie-alert style=”green”] Untuk mendaftar, sila layari Portal Rasmi SPA dan klik Pendaftaran Pekerjaan Melalui Borang SPA8i [/junkie-alert]

Jawatan Kosong KKM

Nerikut adalah jawatan kosong Kementerian Kesihatan Malaysia yang terdapat dalam pengambilan Januari 2017. Ianya dibuka untuk lepasan SPM dan terdapat Kekosongan 1,673 jawatan (bertaraf diploma) dan 194 untuk bertaraf sijil.

A. Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

  1. Jururawat
  2. Penolong Pegawai Perubatan
  3. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  4. Juruteknologi Maklmal Perubatan
  5. Juru X-Ray
  6. Jururawat (PSL)
  7. Juruterapi pergigian
  8. Juruteknologi Pergigian
  9. Penolong Pegawai Farmasi

B. Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil

  1. Pembantu Pembedahan Pergigian
  2. Pembantu Kesihatan Awam

Nota Penting

Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui online sahaja. Sebarang surat menyurat dan penghantaran reseume tidak diperlukan. Tempoh sah laku permohonan adalah setahun. Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang dilaporkan oleh Kementerian/ Jabatan dan hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temuduga.

Iklan Permohonan

 

Permohonan Latihan Separa Perubatan SPA Online
Pendaftaran Permohonan Latihan Separa Perubatan SPA

Selamat membuat Pendaftaran Permohonan Latihan Separa Perubatan SPA secara online. Semoga anda berjaya dalam permohonan jawatan kosong ini.