Permohonan Asrama Semai Bakti FELDA 2017 Online

Permohonan Kemasukan Asrama Semai Bakti FELDA ASBF 2017 Online. Permohonan ASBF 2017 kini dibuka secara online. Pelajar Darjah 6 yang menduduki peperiksaan UPSR  yang layak boleh memohon kemasukan ke Asrama Semai Bakti Felda (ASBF) secara online. Permohonan Asrama Semai Bakti FELDA 2017 untuk kemasukan ke Tingkatan Satu (1) Sesi 2017 di buka pada hari pertama keputusan UPSR 2016 diumumkan. Permohonan akan ditutup 14 hari waktu bekerja selepas keputusan UPSR diumumkan.

Permohonan ASBF OnlinePermohonan Asrama Semai Bakti FELDA ASBF 2017 Online

Berikut disertakan cara-cara membuat permohonan Asrama Semai Bakti FELDA ASBF 2017 Online.

Maklumat Tarikh permohonan adalah seperti berikut :- 

  • Tarikh Buka : 17 November 2016
  • Permohonan akan ditutup selepas tempoh 14 hari waktu bekerja dari hari pertama keputusan UPSR 2016 (17 November 2016) diumumkan tamat.  

Cara Memohon

  • Sila masukkan No Giliran UPSR dan No. Sijil Lahir untuk permohonan. *Pemohon perlu mendaftar sebagai pengguna sistem terlebih dahulu. Sila klik Daftar untuk mendaftar.
  • 2) Semakan tawaran temuduga secara online dibuka pada 30 November hingga 2016
  • 3) Sesi Temuduga : Aliran Biasa pada 7 Disember 2016. Aliran Tahfiz pada 8 Disember 2016

Semakan Keputusan Tawaran Asrama Semai Bakti FELDA ASBF 2017 Online

  • 1) Semakan keputusan kemasukan ke Asrama Semai Bakti FELDA boleh disemak secara online bermula dari 19 Disember 2016
  • 2) Surat tawaran akan dikeluarkan kepada mereka yang berjaya
  • 3) Pendaftaran pelajar baru yang terpilih : ASBF JB pada 26 Disember 2016. ASBF KL dan Kuantan pada 31 Disember 2016

SYARAT UTAMA PERMOHONAN

  1. Memperolehi keputusan UPSR 2016 sekurang-kurangnya gred minima 4A 2B dengan mendapat gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains. Mendapat sekurang-kurangnya gred B bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris.
  2. Berstatus anak/ cucu Peneroka atau anak kakitangan kumpulan FELDA.
  3. Mempunyai pengesahan kesihatan oleh pegawai perubatan.

SYARAT TAMBAHAN

  1. Bergiat aktif dalam bidang ko-kurikulum atau memegang jawatan kepimpinan di sekolah.
  2. Mempunyai personaliti yang baik dan tiada rekod kesalahan tatatertib.

SYARAT TAMBAHAN UNTUK PROGRAM TAHFIZ DI ASSBK

  1. Boleh membaca Al-Quran dengan baik.
  2. Cenderung dan berminat kepada hafazan Al-Quran.
  3. Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai sijil Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) atau Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) atau yang setaraf dengannya.

KELAYAKAN MAKSIMUM

  • Mendapat markah yang tinggi dalam temuduga.
  • Borang permohonan yang lengkap dan diterima sebelum tarikh tutup sahaja yang akan diproses.

Maklumat tambahan berkenaan permohonan Asrama Semai Bakti FELDA ASBF 2017 Online ini boleh dirujuk di Panduan Memohon

Permohonan Asrama Semai Bakti FELDA online
Iklan Permohonan Asrama Semai Bakti 2017 Online
SEE ALSO  Kedudukan Pingat SUKMA 2016 Sarawak

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi alamat dan maklumat berikut :-

Jabatan Pendidikan FELDA,
Tingkat 37, Menara FELDA,
Platinum Park,
No. 11 Persiaran KLCC,
50088 Kuala Lumpur.

No Tel  :+603-2191 2058 (ext: 2011/2057/2071)                
No Fax  :+603-2191 2593
Emel    : edu.unit@felda.net.my

Selamat membuat Permohonan Asrama Semai Bakti FELDA ASBF 2017 Online. Semoga anda berjaya dalam permohonan kemasukan nanti.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*