Permohonan BR1M 2018 Dan Cara Kemaskini Online

Cara Membuat Permohonan Baru BR1M 2018 Dan Kemaskini Online. Berikut dikongsikan cara membuat Permohonan BR1M 2018 Dan Membuat Kemaskini secara Online. Borang permohonan BR1M 2018 untuk permohonan baru dan kemas kini BR1M untuk penerima sediada kini dibuka. Tarikh untuk permohonan baru dan kemaskini tahun 2018 adalah seperti berikut.

  • Penting : Tarikh permohonan dan kemaskini secara online dalam talian atau secara manual boleh dibuat mulai 27 November sehingga 31 Disember 2017.
  • Aplikasi BR1M Dalam Talian tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih.

Permohonan BR1M 2018 Dan Cara Kemaskini Online

Permohonan Baru BR1M 2018 Dan Cara Kemaskini Online

Untuk makluman pemohonan baru dan penerima BR1M sediada, tarikh Pendaftaran BR1M 2018 adalah seperti berikut.

  • Tarikh : 28 November sehingga 31 Disember 2017

Cara Buat Permohonan BR1M 2018 Dan Kemaskini Secara Online Dan Manual

1. Penerima BR1M Sediada

Anda tidak perlu mendaftar tetapi perlu mengemaskini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank bagi membolehkan urusan pembayaran BR1M.

  • Klik Permohonan.my untuk panduan terkini kemaskini BR1M 2018 termasuk borang permohonan

2. Permohonan Baru

Bagi permohonan baru atau kemaskini BR1M 2018 secara online, ianya boleh di buat di Portal Rasmi eBR1M LHDN Malaysia di https://ebr1m.hasil.gov.my/

Permohonan baru dan pengemaskinian borang boleh juga dibuat secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2018 secara percuma di Portal Rasmi eBR1M yang dinyatakan diatas.

Borang BR1M 2018 yang telah lengkap diisi boleh dihantar di kaunter-kaunter berikut:

  • i. Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
  • ii. Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP)
  • iii. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)
  • iv. Pejabat Daerah/ Pejabat Residen

Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima. Dokumen yang perlu dikemukakan bersama Borang BR1M 2018 adalah seperti berikut:

  • i. Salinan pengenalan pasangan / tanggungan yang menggunakan jenis pengenalan Pasport atau Sijil Lahir
  • ii. Salinan sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda

* Segala maklumat terkini akan dikemaskini dari masa kesemasa.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon dan menerima BR1M :-

  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  3. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  4. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
  5. Penerima e-Kasih perlu membuat permohonan BR1M 2016.

Kemukakan Salinan:

  1. MyKad bagi pemohon
  2. MyKad / MyPR / MyKid / Sijil Lahir / Pasport bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
  3. Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda

Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia. Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2018.

SKIM KHAIRAT KEMATIAN

Skim Khairat Kematian sebanyak RM1,000 hanya layak diberi kepada waris yang didaftarkan di Bahagian Maklumat Waris penerima BR1M kategori Isi Rumah dan Warga Emas yang meninggal dunia di dalam tempoh 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2017.

Waris perlu membawa dokumen asal berikut:

  • Sijil Kematian
  • Kad Pengenalan Waris

Untuk sebarang pertanyaan atau masalah boleh hubungi talian hotline BR1M di bawah ini atau layari FAQ Soalan Lazim BR1M di bahagian Soal Jawab.

  • TALIAN HOTLINE LHDNM 1-800-88-2716 (BR1M)
  • TALIAN HOTLINE KEMENTERIAN KEWANGAN 03-8882 4565 / 03-8882 4566

Selamat membuat Permohonan BR1M 2018 Dan Kemaskini Online. Pemohon baru dan sediada disarankan untuk merujuk kepada Laman Web eBR1M untuk mendapatakan maklumat yang terkini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*