Permohonan Dana Raya 2018 Terengganu Online

Dana Raya Aidilfitri 2018 Negeri Terengganu. Berita baik kepada Rakyat Negeri Terengganu yang layak, Permohonan Dana Raya 2018 Terengganu untuk pemohonan baru kini dibuka dari 1 April 2018. Permohonan boleh dibuat di atas talian atau online seperti panduan dan langkah yang disertakan di bawah ini.

Tarikh pembayaran Dana Raya Terengganu 2018 adalah bermula 11 Jun 2018 secara berperingkat melalui kaedah bayaran akaun bank dan baucar (tidak mempunyai akaun bank)

Permohonan Dana Raya Terengganu Online (iDANATTB)

Dana Hari Raya Aidilfitri 2018 akan mula dibuka pada 1 April 2018 bermula jam 10.00 pagi dan di buka kepada pemohon-pemohon yang layak seperti berikut:-

  • 1. Belum pernah memohon bantuan sebelum ini
  • 2. Pemohon yang telah membuat permohonan pada tahun 2015 tetapi GAGAL dalam permohonan
  • 3. Pemohon yang bertukar jenis kategori, contohnya seperti berikut:-

Pemohon bakti remaja 2015 yang telah berkahwin dan ingin memohon dana perayaan

Isteri kematian suami dimana suami adalah pemohon layak 2015

Pemohon layak 2015 kategori Ibu Tunggal/ Duda yang telah berkahwin  Pemohon yang telah mencapai umur 65 tahun bagi Warga Emas

Mereka yang tergolong dalam 3 kategori (tukar kategori) di atas perlu menghubungi Pejabat Daerah/ Penyelaras Dun untuk membatalkan permohonan mereka bagi kategori yang terdahulu bagi membolehkan permohonan baru boleh di buat

permohonan dana raya terengganu 2018

Nota

  • Pemohon yang layak, tidak perlu memohon kecuali kepada mereka yang terlibat dalam pertukaran kategori di atas. Anda akan didaftarkan secara automatik ke dalam sistem untuk semakan JKKK.
  • Pemohon diingatkan untuk mencetak borang permohonan selepas selesai membuat permohonan secara online dan menyerahkan kepada Pengerusi JKKK bagi pengesahan dokumen.

Syarat Permohonan Dana Raya 2018 Terengganu

Syarat-syarat permohonan boleh dirujuk di iDANATTB dan dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu Ibu Tunggal, OKU, Warga Emas dan Orang Miskin.

Cara Membuat Permohonan Dana Raya Online

Terdapat 6 langkah yang perlu dilalui semasa membuat permohonan seperti berikut, Panduan lengkap cara-cara memohon boleh dirujuk di Manual PDF :

Permohonan bantuan boleh di buat secara online atau manual. Berikut adalah langkah-langkah permohonan :-

  • Secara Online – melayari Portal Negeri Terengganu pada pautan iDANATTB  (http://danattb.terengganu.gov.my).

  • Secara Manual – pergi ke Pusat Bestari.com yang berdekatan  di DUN masing-masing.

Langkah 1 : Semakan

  • Semakan dibuat dengan menggunkan No. Kad Pengenalan pemohon.

Langkah 2 : Pilihan Bantuan

  • Semua  bantuan yang dibuka untuk permohonan akan disenaraikan dan pemohon boleh memilih bantuan yang dibenarkan sahaja.

Langkah 3 : Syarat Kelayakan

  • Semua  syarat-syarat kelayakan akan disenaraikan. Pemohon hendaklah mempersetujui syarat-syarat tersebut bagi meneruskan permohonan.

Langkah 4 : Mohon

  • Semua maklumat permohonan bertanda * wajib di isi. Sebahagian maklumat adalah pilihan (tidak wajib diisi).

Langkah 5 : Pengesahan

  • Pemohon hendaklah mengesahkan dan bertanggungjawab ke atas semua maklumat permohonan yang telah dibuat.

Langkah 6 : Cetak Permohonan

  • Pemohon dikehendaki mencetak Borang Permohonan dan menyerahkannya
    kepada JKKK untuk dibuat pengesahan. JKKK berhak menerima atau tidak menerima permohonan tersebut. JKKK akan membuat pengesahan Akuan Terima permohonan dan menyerahkan  slip Akuan Terima tersebut kepada pemohon sebagai bukti Borang Permohonan telah diterima dan disahkan

Jumlah Bantuan

  • Bantuan raya sebanyak RM300 seorang bagi kategori orang kurang upaya (OKU), warga emas, bapa/ ibu tunggal yang tiada anak 
  • RM400 bagi kategori miskin, bujang, berumur 41 tahun ke atas dan bergaji RM1,500 ke bawah dan bapa atau ibu tunggal yang mempunyai anak
  • Dana Bakti Remaja, RM200 akan diberikan kepada mereka yang belum berkahwin yang berumur 21 hingga 40 tahun 

Selamat memohon Permohonan iDANATTB Terengganu Online dan semoga berjaya.

Sumber : Dana TTB

2 Comments

  1. assalamualaikum…saya pohon lanjutkan tarikh permohonan ini untuk beberapa hari kerana saya tidak sempat untuk memohon. ini disebabkan saya mengalami masalah kesihatan dan baru berkesempatan untuk memohon…

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*