Permohonan iDANATTB Bantuan Rakyat Terengganu

Permohonan iDANATTB Terengganu Online. Berita baik buat rakyat Negeri Terengganu yang layak dan memerlukan bantuan kewangan. Berikut dikongsikan cara membuat Permohonan iDANATTB Bantuan Rakyat Negeri Terengganu samada secara online ataupun manual. Antara bantuan yang disediakan adalah Dana Raya,   Transformasi Orang Muda (TOM – Bakti Remaja) dan Bantuan persekolahan. Pemohon yang berminat perlu merujuk syarat kelayakan permohonan sebelum memohon.

Permohonan iDANATTB Bantuan Rakyat Negeri Terengganu

Permohonan iDANATTB Bantuan Rakyat Terengganu Online Dan Manual

iDANATTB Terengganu Online, permohonan bantuan boleh di buat secara online atau manual. Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon :-

A. Online

B. Manual

  • Pemohon perlu datang/ hadir ke Pusat Bestari.com yang berdekatan di DUN masing-masing

Langkah-Langkah Permohonan iDANATTB

Terdapat 6 langkah yang perlu dilalui oleh pemohon semasa membuat permohonan. Anda boleh merujuk kepada panduan lengkap cara-cara memohon di Manual Permohonan PDF. Soalan lazim permohonan pula boleh dirujuk di FAQ.

1 : Semakan

  • Semakan dibuat dengan menggunakan No. Kad Pengenalan pemohon.

2 : Pilihan Bantuan

  • Semua bantuan yang dibuka untuk permohonan akan disenaraikan dan pemohon boleh memilih bantuan yang dibenarkan sahaja.

3 : Syarat Kelayakan

  • Semua syarat-syarat kelayakan akan disenaraikan dan pemohon hendaklah mempersetujui syarat-syarat tersebut bagi meneruskan permohonan.

4 : Mohon

  • Semua maklumat permohonan yang wajib diisi bertanda *. Sebahagian maklumat adalah pilihan (tidak wajib diisi).

5 : Pengesahan

  • Pemohon hendaklah mengesahkan dan bertanggungjawab ke atas semua maklumat permohonan yang telah dibuat.

6 : Cetak Permohonan

  • Pemohon dikehendaki mencetak Borang Permohonan dan menyerahkannya kepada JKKK untuk dibuat pengesahan. JKKK berhak menerima atau tidak menerima permohonan tersebut. JKKK akan membuat pengesahan Akuan Terima permohonan dan menyerahkan slip Akuan Terima tersebut kepada pemohon sebagai bukti Borang Permohonan telah diterima dan disahkan.
  • Borang permohonan hendaklah dicetak dan diserahkan kepada Pengerusi JKKK bersama salinan dokumen sebagaimana berikut :

    i) Kad Pengenalan Pemohon ii) Slip gaji atau iii) Bagi mereka yang tiada slip gaji, perlu mengemukan Surat Pengakuan Pendapatan yang disahkan oleh Pengerusi JKKK atau Penghulu Mukim.

Kategori Permohonan Dan Jumlah Bantuan iDANATTB Terengganu Online

Berikut adalah senarai kategori permohonan dan jumlah bantuan yang disediakan di iDANTTB.

1. Dana Raya

  • Ibu Tunggal
  • OKU
  • Warga Emas
  • Orang Miskin
  • Bantuan raya sebanyak RM300 seorang bagi kategori orang kurang upaya (OKU), warga emas, bapa atau ibu tunggal yang tiada anak
  • RM400 bagi kategori miskin, bujang, berumur 41 tahun ke atas dan bergaji RM1,500 ke bawah dan bapa atau ibu tunggal yang mempunyai anak

2. Bakti Remaja

  • Dana Bakti Remaja, RM200 akan diberikan kepada mereka yang belum berkahwin yang berumur 21 hingga 40 tahun

3. Bantuan Persekolahan

  • RM100 untuk setiap anak yang bersekolah (maksimum 2 orang anak sahaja yang menerima bantuan)

Syarat Kelayakan Permohonan iDANATTB

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan iDANATTB untuk semua kategori bantuan. Diantara syarat asas permohonan adalah seperti berikut :-

  • Rakyat Terengganu atau Pemastautin yang tinggal sekurang-kurangnya 10 tahun di Negeri Terengganu.
  • Pemilih yang berdaftar di Negeri Terengganu.
  • Pemohon yang memenuhi syarat kelayakan sebagaimana di menu Syarat Kelayakan.
  • Syarat penuh dan kategori permohonan boleh dirujuk dan dimuat turun di Syarat Kelayakan .
syarat

 

Selamat memohon Permohonan iDANATTB Terengganu Online. Semoga mereka yang layak berjaya mendapata bantuan kewangan yang disediakan. Pemohon dinasihatkan untuk merujuk kepada iDANTTB untuk maklumat terkini berkaitan bantuan.

Sumber : iDANATTB

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*