Permohonan INSTEP Petronas Januari 2017 Online

Permohonan KemasukanINSTEP Petronas Sesi Januari 2017 Online. Perhatian buat Lepasan Diploma yang berminat dan berkelayakan untuk membuat Permohonan INSTEP Petronas Januari 2017 Online. Untuk makluman permohonan kemasukan ke Program Teknologi Petroleum di INSTEP PETRONAS kini di buka bermula 15 November 2016. Program di Institut Teknologi Petronas (INSTEP) yang ditawarkan adalah Program Teknologi Petroleum.

Permohonan INSTEP Petronas Online
Permohonan INSTEP Petronas Januari 2017 Online

Permohonan INSTEP Petronas Januari 2017 Online

Berikut adalah maklumat penting berkaitan permohonan kemasukan ke INSTEP Petronas sesi kemasukan Januari 2017. Permohonan adalah dibuka buat lepasan Diploma yang telah tamat pengajian dalam bidang Kejuruteraan, Teknikal atau Sains daripada institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Tarikh Penting Permohonan

  • 15 November 2016 (SELASA) – 800 pag : Tarikh Buka Permohonan
  • 25 November 2016 (JUMAAT) – 500 petang : Tarikh Tutup Permohonan
  • Applikasi Permohonan : KLIK INSTEP PETRONAS
SEE ALSO  Semakan Keputusan SBP Tingkatan 4 2017 Online

Program Yang Ditawarkan

Untuk panduan, program yang ditawarkan untuk sesi pengambilan kali ini adalah PROGRAM TEKNOLOGI PETROLEUM (PTP-1).

  • Program persediaan 1 tahun untuk lepasan Diploma (Kejuruteraan & Teknikal sahaja)
  • Bidang ditawarkan : (Elektrikal, Instrumentasi, Makmal, Mekanikal, Proses dan Pengeluaran)

Syarat Kelayakan Permohonan

Berikut adalah syarat kelayakan memohon :-

  1. Warganegara Malaysia yang masih bujang.
  2. LEPASAN DIPLOMA yang telah tamat pengajian dalam bidang Kejuruteraan, Teknikal atau Sains daripada institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
  3. Mempunyai latar belakang subjek sains tulen atau sekolah teknikal ( Fizik / Kimia/ Kejuruteraan )
  4. Berumur tidak lebih daripada 30 tahun pada 1 Januari 2017.
    Sihat tubuh badan, tidak rabun warna dan fizikal sesuai untuk bekerja dalam industri minyak dan gas.
  5. BMI tidak melebihi 30 pada waktu memohon.
  6. Keutamaan diberikan kepada mereka yang aktif di dalam sukan dan aktiviti kepimpinan.
  7. Pemohon yang sedang/telah mempunyai ijazah sarjana muda/master tidak digalakkan memohon.
SEE ALSO  Permohonan UiTM Online 2017-2018 Sesi 2

Maklumat Penting Permohonan INSTEP Petronas

  1. Permohonan mestilah dibuat secara “online” melalui portal laman Permohonan INSTEP
  2. Klik Pemohon Baru jika belum mendaftar atau Pemohon Berdaftar untuk Login selepas mendaftar
  3. Setiap permohonan dikenakan yuran proses sebanyak RM10.00 (Sepuluh Ringgit Sahaja) dan bayaran hendaklah dibuat atas nama PETRONAS TECHNICAL TRAINING SDN BHD melalui CIMB Bank Berhad – No. Akaun: 8006631956.
  4. Untuk memudahkan urusan permohonan, anda dinasihatkan menjelaskan wang proses terlebih dahulu bagi mendapatkan nombor siri slip bayaran.
  5. Sila simpan slip pembayaran (untuk diserahkan sebagai bukti pembayaran) sekiranya anda dipanggil untuk sesi temuduga nanti.
  6. Jika anda membuat pembayaran yuran proses menggunakan money order/postal order, sila catatkan Nama dan Kad Pengenalan di belakangnya dan hantar ke :

[junkie-alert style=”green”] Admission Unit, Bridging Programme Management Department, Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP), Lot 9764,Batu Rakit, 21020 Kuala Terengganu, Terengganu. [/junkie-alert]

SEE ALSO  Syarat Kemasukan Tingkatan 4 Aliran Sains Terkini

Sila teliti/dapatkan setiap panduan yang disediakan di laman web bagi mengelakkan sebarang kekeliruan semasa mengisi maklumat permohonan secara “online”.

Iklan Permohonan

Maklumat lanjut mengenai permohonan, sila rujuk iklan permohonan di bawah ini.

Permohonan INSTEP Petronas Januari 2017 Online
Iklan Permohonan INSTEP Petronas Januari 2017 Online

Selamat membuat Permohonan Kemasukan INSTEP Petronas Januari 2017 Online. Semoga anda berjaya dalam permohonan ini nanti.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*