Permohonan Kad Debit Pelajar KADS1M 2018 Online

Perhatian buat pelajar IPT (Institusi Pengajian Tinggi). Kad debit pelajar atau Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M Debit) akan menggantikan baucar buku 1Malaysia (BB1M) bermula pada tahun 2017. Kad debit pelajar hanya boleh digunakan untuk membeli bahan ilmiah sahaja di kedai buku yang terpilih di seluruh Malaysia. Oleh itu, bagaimana cara membuat Permohonan Kad Debit Pelajar KADS1M 2018 Online?

Untuk makluman, penuntut yang telah menerima KADS1M sebelum ini tidak perlu memohon sekali lagi Kad Debit Pelajar. Bantuan Pendidikan Tinggi atau BPPT akan dikreditkan terus ke dalam KADS1M pemegang KADS1M sediada bermula 15 Mac 2018.

TAHUN 2018

Maklumat pendaftaran baharu dan semakan status tahun 2018 akan diumumkan tidak lama lagi. Bagi mereka yang baru saja memohon, anda boleh mendapatkan kad anda dari cawangan Bank Rakyat berdekatan dengan anda.

  1. Untuk penerima BPPT sediada : Mereka yang layak, bayaran BPPT boleh disemak pada hari Khamis, 15 Mac 2018 bermula jam 400 petang di ATM dan i-Rakyat
  2. Penerima BPPT Baharu : Pelajar boleh menyemak kelayakan untuk memohon kad debit pelajar bermula dari 1 April 2018. Sekiranya layak, pelajar boleh terus membuat permohonan BPPT sehingga tarikh tutup permohon yang dilanjutkan sehingga 30 Ogos 2018

Tahun 2017

Permohonan Kad Debit Pelajar KADS1M 2017 Online

Untuk makluman, semua pelajar IPT adalah wajib membuat Permohonan kad debit pelajar KADS1M. Permohonan boleh dibuat secara online menerusi Bank Rakyat bermula dari 16 Februari 2017 sehingga 31 Mac 2017. Berikut dikongsikan cara membuat permohonan Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)/ kad debit pelajar untuk panduan semua.

Terkini : Pelanjutan Tarikh Permohonan atas talian Bank Rakyat Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (KADS1M) Debit Tahun 2017

Adalah dimaklumkan bahawa, mana-mana pelajar Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah mendaftar tetapi masih belum memperolehi Kad Siswa Debit 1 Malaysia (KADS1M) Tahun 2017 adalah diminta untuk membuat permohonan semula melalui atas talian di laman sesawang Bank Rakyat. Permohonan semula perlu dilakukan kerana semakan daripada Bank Rakyat mendapati ramai pelajar-pelajar tidak membuat permohonan atas talian menyebabkan tiada rekod yang diperolehi. Permohonan semula boleh dilakukan sehingga tarikh tutup pada atau sebelum 30 Oktober 2017.

Permohonan Kad Debit Pelajar KADS1M Online

Apa Itu KADS1M?

Kad debit ini merupakan kad yang memberi kemudahan kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) untuk menerima diskaun bagi pembelian barangan dan perkhidmatan daripada Rakan Dagang terpilih. Pelajar adalah digalakkan untuk membuat pembelian buku, alat tulis dan alatan komputer.

Kelayakan Permohonan

Permohonan adalah terbuka kepada semua pelajar IPTA / IPTS di bawah seliaan:-

  1. Kementerian Pengajian Tinggi
  2. Institut Perguruan
  3. Kementerian Pelajaran Malaysia
  4. Kementerian Sumber Manusia
  5. Lain-lain kementerian yang ditentukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

Ciri-Ciri Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)

Berikut adalah ciri-ciri yang terdapat dalam KADS1M :-

  1. Kad 3 dalam 1
  2. BB1M (RM250 telah dikreditkan dalam kad)
  3. Kad diskaun pelajar
  4. Kad debit dan ATM
  5. Sebanyak RM250 akan dikreditkan ke dalam akaun pelajar.
  6. Maksima pengeluaran adalah RM240. Jika hendak mengeluarkan RM250 sepenuhnya, pelajar boleh berurusan dengan Bank Rakyat untuk menutup terus akaun berkenaan.

Cara Memohon Kad Debit Pelajar KADS1M Secara Online

Berikut adalah cara ringkas dan mudah dalam membuat permohonan Kad debit pelajar secara online.

  1. Isi borang e-permohonan di www.bankrakyat.com.my/bppt secara online sebelum tarikh tutup permohonan KADS1M pada 31 Mac 2017
  2. Pastikan alamat emel yang betul dimasukkan
  3. Setelah memohon, pelajar perlu menunggu e-mail dari Bank Rakyat sebelum dapat mengambil KADS1M Debit di cawangan Bank Rakyat.
  4. Status permohonan akan disahkan melalui emel permohonan oleh Bank Rakyat
  5. Kunjungi Cawangan Bank Rakyat yang dipilih untuk pegambilan KADS1M Debit
  6. Caj kad RM5.00 perlu dibayar semasa mengambil kad

Permohonan Kad Debit Pelajar KADS1M 2017 Online

Dokumen yang diperlukan semasa pengambilan KADS1M Debit

  • MyKad dan satu (1) salinan
  • Kad pelajar dan satu (1) salinan
  • Bagi pelajar yang telah mempunyai akaun di Bank Rakyat, anda tetap perlu memohon KADS1M
  • Layak kepada pelajar berstatus aktif pada 30 Disember 2016

Semakan Status Permohonan KADS1M 2017 Online

Berikut dikongsikan cara-cara membuat semakan status permohonan Kad Debit Pelajar 2017. Untuk makluman, dua (2) daripada sembilan (9) batch Kad Debit Pelajar (KADS1M) telahpun dikeluarkan. Manakala batch terakhir akan hanya dikeluarkan sekitar bulan September 2017. Jika anda masih tidak mendapat e-mail daripada Bank Rakyat mengenai status permohonan Kad Debit Pelajar anda, jangan risau.

Berikut dikongsikan langkah-langkah cara membuat semakan status permohonan KADS1M anda.

Semakan KADS1M Online

  • 1. Applikasi semakan KADS1M https://www.bankrakyat.com.my/bppt/semak
  • 2. Sila masukkan No Kad Pengenalan/ No IC
  • 3. Klik ‘Semak’

Talian Hotline

  1. Telefon Bank Rakyat Hotline di 1 300 80 5454
  2. Pilih Bahasa
  3. Key in “1” untuk status permohonan KADS1M
  4. Key In No Kad Pengenalan dan tunggu sehingga panggilan anda diangkat
  5. Beritahu receptionist yang anda ingin menyemak status permohon Kad Debit Pelajar anda.
  6. Berikan maklumat lengkap anda seperti yang diperlukan
  7. Jika permohonan anda tidak terdapat dalam sistem, minta pandangan mereka bagaimana cara untuk memohon semula KADS1M
  8. Jika permohonan anda terdapat dalam sistem. tahniah diucapkan. Anda hanya perlu menunggu arahan/ dokumen selanjutnya daripada Bank Rakyat dengan penuh sabar
  9. Pelajar yang telah menerima e-mel dari Bank Rakyat, mereka diminta untuk mengambil KADS1M masing-masing. Ini adalah kerana masih ramai pelajar yang belum berbuat demikian walaupun telah dimaklumkan oleh Bank Rakyat
  10. Semua urusan agihan Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi melalui KADS1M ini dijangka selesai selewatnya pada 15 Julai 2017

Semakan Status KADS1M Secara Online

Bank Rakyat akan menyediakan satu sistem semakan status permohonan KADS1M yang boleh diakses secara atas talian/ online mulai 1 Jun 2017. KADS1M berkenaan boleh diambil oleh pelajar dari Cawangan Bank Rakyat di seluruh negara berdasarkan maklumat yang didapati semasa membuat semakan.

Nota Penting Permohonan Semula Kad Debit Pelajar

For the application via browsers other than Mozilla Firefox, there’s a big chance that your application is not recorded in the system. Hence, you can try the following steps:

  • Open Firefox browser
  • Clear all history and cache, and reboot Firefox
  • Fill in the form again at https://bppt.bankrakyat.com.my/

Untuk maklumat lanjut sila layari iRAKYAT

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan mengenai KADS1M, sila hubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di talian 1300 80 5454.

Selamat membuat Permohonan Kad Debit Pelajar KADS1M 2017 Online. Jangan lepaskan peluang untuk mendaftar bagi menikmati kemudahan yang terdapat di kad debit pelajar ini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.