Permohonan Kolej Komuniti 2018 Online Dan Keputusan

Permohonan Kemasukan Ke Kolej Komuniti Online. Anda berminat memohon kemasukan ke Kolej Komuniti? Menurut Soalan Lazim Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti, secara lazimnya pengambilan Kolej Komuniti adalah pada bulan Mac, Julai dan November setiap tahun. Berikut dikongsikan cara-cara membuat Permohonan Kolej Komuniti secara online tahun 2018.

Memasuki Kolej Komuniti adalah pilihan buat pelajar selepas pra Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Program pengajian yang ditawarkan adalah Sijil dan Diploma Kolej Komuniti dan Sijil Kemahiran Khas, Permohonan program adalah secara sepenuh masa dan kursus pendek.

Permohonan Kolej Komuniti 2018 Online Dan Keputusan

Permohonan Kolej Komuniti Online Sesi Mac, Julai Dan November 2018

Buat pemohon yang berminat memasuki Kolej Komuniti, terdapat tiga kaedah dalam membuat permohonan menjadi pelajar sepenuh masa kolej komuniti seperti berikut :-

1. Permohonan melalui UPU Online

Iklan kemasukan permohonan biasanya dikeluarkan di akhbar utama tempatan pada awal tahun. Tempoh membuat permohonan biasanya bermula dari bulan Februari hingga awal April melalui Permohonan UPU online. Pemohon perlu memembeli nombor PIN unik UPU terlebih dahulu dari Bank Simpanan Nasional sebelum melayari laman sesawang UPU di http://upu.mohe.gov.my/web/

2. Permohonan melalui e-pengambilan kolej komuniti online

Klik pautan berikut untuk memohon: http://www.jpkk.edu.my/main/ atau Borang Online Kolej Komuniti Sepenuh Masa

Permohonan Kemasukan ke Kolej Komuniti bagi Ambilan Mac 2018 telah dibuka atau hubungi @ Kolej Komuniti HQ di talian 03-8888 2633 (waktu pejabat 8.00 pagi – 5.00 petang) untuk maklumat lanjut.

3. Hadir Ke Kolej Komuniti (walk-in)

Pemohon boleh datang ke Kolej Komuniti untuk memohon. Senarai lokasi Kolej Komuniti di Malaysia boleh dirujuk di Kolej Komuniti seluruh Malaysia

Semakan Keputusan Kolej Komuniti Online

Pemohon yang telah membuat permohonan boleh mengetahui/ membuat semakan keputusan Kolej Komuniti melalui kaedah berikut :-

  • 1. Laman Web UPU dan JPKK.
  • 2. Talian bebas tol: 1800 88 7755
  • 3. Menghubungi kolej komuniti yang berdekatan dan senarai kolej komuniti ini boleh diperoleh dalam JPKK.

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke Kolej Komuniti bagi Ambilan Mac 2018 boleh disemak pada 15 Januari 2018 mulai jam 8.00 pagi atau hubungi kami @ Kolej Komuniti HQ di talian 03-8888 2633 (waktu pejabat 8.00 pagi – 5.00 petang).

Selamat membuat permohonan Kolej Komuniti buat pelajar yang berminat dan semoga anda berjaya mendapat tawaran nanti. Sumber FAQ

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*