Permohonan MTD 2017 Maktab Tentera DiRaja

Permohonan Maktab Tentera DiRaja 2017 Online. Buat pelajar Tingkatan 3 PT3 tahun 2016, berikut dikongsikan cara membuat Permohonan MTD 2017 Online. MTD ataupun Maktab Tentera DiRaja (Royal Military College – RMC) adalah sebuah sekolah berasrama penuh di Malaysia. Pelajar yang berminat boleh membuat permohonan terkini iaitu Permohonan Kemasukan Putera Tingkatan 4 tahun 2017 secara online seperti panduan di bawah ini.

Permohonan MTD 2017 Online
Permohonan MTD 2017 Online

Permohonan MTD 2017 Onlinee

Berikut adalah cara-cara membuat Permohonan MTD 2017 Online :-

  • Permohonan kemasukan adalah melalui pengisian borang secara melalui laman web www.rmc.edu.my
  • Tawaran adalah dibuka kepada murid Tingkatan 3 (PT3) tahun 2016
  • Tarikh Buka : 5 Ogos 2016
  • Tarikh Tutup : 30 November 2016

Pemohon perlu melepasi syarat-syarat kemasukan seperti berikut :-

  1. Warganegara Malaysia
  2. Jantina – Lelaki
  3. Tinggi Minimum – 152 sm
  4. Berat Minimum – 40.5 kg
  5. Body Mass Index (BMI) – 18 hingga 27
  6. Ukuran dada 74 sm (biasa) dan 79 sm (tarik nafas)
  7. Penglihatan – baik dan tidak rabun warna. (Jika berkaca mata hendaklah tidak melebihi 6/12)
  8. Sihat tubuh badan dan tidak berpenyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti lasak
  9. Memperolehi keputusan yang baik di dalam peperiksaan (Pentaksiran Tingkatan Tiga) PT3 Tahun 2016 termasuk subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Permohonan boleh dibuat namun keputusan sama ada layak menghadiri temuduga hanya akan dimaklumkan selepas keputusan PT3 diumumkan
  10. Keutamaan akan diberikan kepada calon yang aktif dalam sukan, kelab, persatuan, pasukan beruniform dan muzik

Syarat-syarat kemasukan lain boleh dirujuk di Syarat Kelayakan.

[button color=”” size=”” type=”square_outlined” target=”” link=””]Semakan Keputusan Permohonan[/button]

  • Calon-calon yang berjaya akan dimaklumkan status permohonan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS)

[button color=”” size=”” type=”square_outlined” target=”” link=””]Sesi Temuduga[/button]

 

  • Sesi temuduga bagi calon-calon dari Semenanjung Malaysia akan diadakan pada minggu kedua Januari 2017, manakala bagi calon-calon dari Sabah dan Sarawak akan diadakan pada minggu ketiga Januari 2017
  • Hanya calon yang berjaya dalam temuduga akan ditawarkan mengikut pengajian bagi Tingkatan 4 di MTD tahun 2017

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Sel Pemilihan MTD di talian telefon 03-8946 5565/ 03-8965 5562.

Selamat memohon kepada pelajar PT3 tahun 2016, semoga anda berjaya dalam permohonan kemasukan ke MTD Tingkatan 4 tahun 2017.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*