Permohonan Pembaharuan Pasport Online ‘MyOnline Pasport’

Permohonan ‘MyOnline Pasport’ Pembaharuan Pasport Secara Online . Satu lagi kemudahan akan disediakan kepada orang ramai bermula 1 September 2016 iaitu Permohonan Pembaharuan Pasport Online. ‘My Online Passport’ membolehkan orang ramai untuk membuat permohonan pembaharuan pasport secara online dengan mengisi butiran dan membuat pembayaran (kad debit/ kredit) secara dalam talian sebelum mengambil pasport di Kaunter Imigresen yang dibenarkan. 

Permohonan Pembaharuan Pasport Online 'MyOnline Pasport'
Permohonan Pembaharuan Pasport Online ‘MyOnline Pasport’

Permohonan Pembaharuan Pasport Online ‘MyOnline Pasport’

Jabatan Imigresen telah memilih empat negeri dan dua Pusat Transformasi Bandar (UTC) sebagai sebahagian daripada program perintis untuk mengeluarkan pasport diperbaharui melalui sistem ‘MyOnline Pasport’. Untuk permulaan, perkhidmatan MyOnline Pasport akan disediakan di 4 buah pejabat Imigresen serta 2 UTC seperti berikut :

  1. Pahang
  2. Sarawak
  3. Pulau Pinang
  4. Putrajaya
  5. UTC iaitu di Pudu Sentral, Kuala Lumpur
  6. UTC Galleria @ Kotaraya, Johor.


Untuk makluman, permohonan untuk pembaharuan pasport secara online boleh dilakukan dari mana-mana sahaja. Ianya termasuk melalui telefon bimbit, tidak kira masa atau hari.

NOTA

  • [junkie-alert style=”yellow”] “Pemohon dibenarkan untuk memilih mana-mana pasport mengeluarkan kaunter di empat negeri yang terlibat. Sebagai contoh, permohonan dalam talian dibuat di Johor, tetapi (pemohon) boleh ingin mengambilnya (pasport) di kaunter Jabatan Imigresen di Pulau Pinang . ” [/junkie-alert]Cara membuat Permohonan Pembaharuan Pasport Online ‘MyOnline Pasport’ akan dikemaskini dari masa kesemasa.
SEE ALSO  Manfaat Berbelanja Secara Berhemah

Semoga dengan sistem pembaharuan pasport secara online ini, ianya akan dapat mengatasi masalah kesesakan di pejabat Imigresen. Disamping itu ianya akan dapat memberikan pilihan kepada orang ramai dalam memperbaharui pasport mereka. Diharap sistem ini akan diperluaskan ke negeri-negeri lain pada masa akan datang.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*