Permohonan Program Khas JPA MARA 2017 Online

Permohonan Program Khas JPA – MARA 2017 (PKJM) Lepasan SPM Online. Berita baik buat lepasan SPM 2016 yang memerlukan bantuan pinjaman. Permohonan Program Khas JPA MARA 2017 Online kini dibuka. Dipetik dari makluman rasmi laman web MARA, permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2016 bagi kali pertama. Ianya untuk mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Program Khas JPA MARA (PKJM) tahun 2017.

Permohonan Program Khas JPA MARA 2017 Online

Cara Buat Permohonan Program Khas JPA MARA 2017 Online

Untuk makluman, penawaran Penajaan bagi Program Khas PKJM tahun 2017 untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2016 akan dibuka secara atas talian di pautan www.mara.gov.my. Permohonan Program Khas JPA MARA 2017 Online boleh dibuat mulai 16 Mac 2017 (Khamis) jam 3.00 petang hingga 22 Mac 2017 (Rabu) jam 5.00 petang.

SEE ALSO  Contoh Borang Soal Kaji Selidik Tugasan Geografi PT3

Apa Itu Program Khas JPA MARA?

Program ini merupakan program penajaan kepada pelajar bumiputera cemerlang untuk mengikuti pengajian peringkat persediaan dan Ijazah Pertama di negara Jepun dan New Zealand dalam bidang Kejuruteraan, Sains Dan Teknologi (S&T), pengajian berteraskan Perdagangan dan Sains Sosial.

PKJM terdiri daripada tiga (3) sub program utama iaitu :-

  1. Program Akademik Jepun
  2. Programme Berkembar New Zealand dan
  3. Program Malaysia Japan Higher Education Programme (MJHEP)

1.1 Program Akademik Jepun

PAJ atau Program Akademik Jepun merupakan program penajaan ke Jepun dalam bidang kejuruteraan, sains sosial dan sains dan teknologi (S&T). Pelajar akan ditindik bagi mengikuti program persediaan khas sebelum melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama di universiti-universiti di Jepun. Pelajar akan mengikuti program persediaan di kolej Ambang Asuhan Jepun (AAJ) dan Institut Bahasa Teikyo (IBT).

1.2 Program Berkembar New Zealand

Program Berkembar New Zealand merupakan program kolaborasi antara Kolej Yayasan Saad Business School (KYSBS) dan New Zeland Consortium Universities – University of Auckland, Victoria University of Wellington dan University of Canterbury. Program ini melibatkan pengajian peringkat persediaan dan ijazah pertama selama 2 tahun 6 bulan di KYSBS dan 1 tahun 6 bulan di New Zeland.

SEE ALSO  Senarai Negeri Cuti Thaipusam Tahun 2017

1.3 Program Malaysia Japan Higher Education Programme (MJHEP)

Program ini merupakan program kolaborasi antara UniKL dan Konsortium universiti di Jepun yang telah mendapat pengiktirafan dari Japan Accreditation Board for Engineering Education (JABEE). Program ini melibatkan pengajian peringkat diploma kejuruteraan di UniKL selama tiga (3) tahun dan seterusnya pelajar melanjutkan pengajian di Jepun selama dua (2) tahun di peringkat ijazah pertama.

Cara Buat Permohonan Program Khas MARA – JPA 2017 Lepasan SPM Online

Syarat Permohonan Program Khas JPA MARA 2017 Online

Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:

Syarat Umum

  1. Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berketurunan Melayu/Bumiputera dan Warganegara Malaysia;
  2. Menduduki peperiksaan SPM buat pertama kali pada tahun 2016;
  3. Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki;
  4. Calon hendaklah mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, AIDS, HIV dan sebagainya;
  5. Ibu dan/atau bapa dan/atau ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA; dan
  6. Pemohon tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama
SEE ALSO  Semakan Keputusan UM 2017 Online

Syarat-Syarat Khusus

Syarat khusus permohonan dalam PDF boleh dirujuk di IKLAN eSILA

Nota Penting

Soalan Lazim (FAQ) permohonan di FAQ JPA MARA 2017
Selamat memohon Permohonan Program Khas JPA MARA 2017 Online. Semoga anda berjaya dalam Permohonan pinjaman PKJM 2017 untuk Lepasan SPM Online.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*