Permohonan Program Pelajar Cemerlang MARA

Permohonan MyTP MARA 2017 Online. Perhatian buat lepasan SPM yang memerlukan penajaan pendidikan. Permohonan Program Pelajar Cemerlang MARA Lepasan SPM 2016 (MyTP) kini dibuka. Dipetik dari makluman rasmi laman web MARA, permohonan MyTP (MARA Youth Talent Programme) boleh dibuat secara online.

Permohonan Program Pelajar Cemerlang MARA 2017 Online

MyTP : Permohonan Program Pelajar Cemerlang MARA 2017 Online

MARA Young Talent Programme (MyTP) adalah khusus kepada pelajar cemerlang lepasan SPM 2016. Calon mestilah memiliki sahsiah diri terpuji dan jati diri yang tinggi sebagai peneraju modal insan ke arah menjayakan agenda transformasi negara di masa hadapan.

Keutamaan diberikan kepada pemohon dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah di Luar Bandar dan Bandar (B40 & M40). Ianya tertakluk kepada Dasar dan Syarat semasa MARA.

Maklumat Permohonan MyTP MARA 2017 Online

Permohonan Program Pelajar Cemerlang MARA adalah dibuka seperti tarikh berikut :-

  • Hari Selasa, 21 Mac 2017 jam 5.00 petang hingga 26 Mac 2017, jam 10.00 malam.
SEE ALSO  Permohonan Diploma PPUM 2017 Online

Untuk memohon, sila layari laman web rasmi MARA http://www.mara.gov.my/ atau eSILA bagi membuat permohonan dan mendapatkan info berkaitan.

Nota Penting Permohonan Pelajar Cemerlang MARA 2017

  1. Mempunyai sikap diri yang positif.
  2. Memenuhi syarat kelayakan akademik yang ditetapkan.
  3. Pemohon yang memenuhi syarat yang ditetapkan sahaja akan dipanggil untuk menghadiri MARA Student Assessment Centre (MSAC).
  4. Lulus semua peringkat saringan yang ditetapkan semasa menjalani penilaian di MSAC.
  5. Semakan panggilan untuk menghadiri MSAC boleh disemak dari semasa ke semasa dalam laman web MARA.
  6. Keputusan adalah muktamad. Pelajar hendaklah menerima tawaran kursus dan tempat pengajian yang ditentukan oleh MARA.
  7. Pemohon mesti memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan yang ditetapkan.
  8. Garis Panduan Permohonan
  9. Senarai program yang ditawarkan
  10. Soalan lazim permohonan, Klik FAQ

Syarat Umum Permohonan

Berikut adalah syarat permohonan Program Pelajar Cemerlang MARA 2017 :-

  1. Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa berketurunan Melayu / Bumiputera dan Warganegara Malaysia.
    Ibu, bapa dan penjaga serta pelajar tidak disenarai hitam oleh MARA atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA.
  2. Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian pada peringkat yang sama.
  3. Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit kritikal seperti Hepatitis, AIDS, HIV dan sebagainya.
  4. MARA berhak untuk membuat sebarang pindaan dasar tajaan dari semasa ke semasa
SEE ALSO  Status Halal Coklat Ferrero Rocher Boleh Makan Atau Tidak

Syarat Khusus

  1. Menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2016 pada kali pertama.
  2. Memenuhi syarat kelayakan khusus program seperti yang diiklankan

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi talian seperti berikut:-

Telefon : : 03-2613 2043 / 32108 / 32065 / 32098
Email : postspm@mara.gov.my
Facebook : PostspmMARA

Waktu Urusan

Isnin hingga Khamis : (9.00 pagi – 1.00 tengah hari, 2.00 petang – 4.30 petang)
Jumaat : (9.00 pagi – 12.15 tengah hari, 2.45 petang – 4.30 petang)
Sabtu, Ahad & Hari Kelepasan Am (Cuti)

Selamat membuat permohonan Program Pelajar Cemerlang MARA 2017/ MyTP. Semoga anda berjaya dalam mendapatkan penajaan pendidikan tinggi anda.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*