Permohonan Rayuan Kolej Vokasional KV Dan SMT 2017

Cara Buat Rayuan Kolej Vokasional KV Dan SMT Tahun 2017. Tahniah diucapkan kepada pemohon yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke KV dan SMT 2017. Adakah rayuan boleh dibuat sekiranya gagal? Jawapannya : YA. Pemohon yang gagal masih berpeluang untuk memasuki KV dan SMT dengan membuat rayuan kemasukan pada tarikh yang ditetapkan di bawah ini. Bagaimana cara membuat Permohonan Rayuan Kolej Vokasional KV Dan SMT 2017?

Kepada pelajar PT3 2017 yang berminat memasuki KV dan SMT, sila rujuk syarat kemasukan sebelum memohon.

Rayuan Kolej Vokasional dan SMT 2017

Permohonan Rayuan Kolej Vokasional KV Dan SMT 2017

Semakan keputusan permohonan kemasukan ke KV dan SMT ambilan tahun 2017 telah diumumkan pada 16 Januari sehingga 22 Januari 2017. Buat mereka yang tidak berjaya mendapat tawaran, pemohon boleh mengemukakan permohonan rayuan.

Cara Buat Rayuan Kolej Vokasional KV Dan SMT 2017

Mereka yang gagal boleh membuat rayuan dengan datang sendiri (walk-in) ke mana-mana institusi pendidikan yang terlibat atau yang dipohon. Menurut FAQ (Soalan Lazim) pengambilan, Calon boleh hadir terus atau menghubungi pihak institusi yang terlibat untuk membuat rayuan mulai 24 Januari hingga 28 Februari 2017.

SEE ALSO  Jadual Kursus Haji 2017 Tarikh Dan Lokasi
faq_pav

Pemohon yang berjaya dalam tempoh rayuan akan dihubungi oleh institusi yang berkenaan, Keputusan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran.  Tarikh pendaftaran pelajar yang berjaya dalam permohonan kemasukan pertama adalah pada 23 Januari 2017.

Cara Hubungi

Jika terdapat sebarang pertanyaan, pemohon boleh menghubungi BPTV di alamat dan no telefon seperti berikut:-

Alamat BPTV:
Aras 6, Blok E14, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA.
No. Telefon : 03-88845154
Unit Pengambilan dan Pertukaran Murid di talian 03-88845154 / 5088 / 5067 / 5089

Tahniah sekali lagi kepada pemohon yang berjaya. Untuk mereka yang tidak berjaya mendapat tawaran, anda masih berpeluang untuk memasuki KV dan SMT dengan membuat rayuan kemasukan pada tarikh yang ditetapkan. Semoga anda berjaya dalam permohonan rayuan anda.

SEE ALSO  Nota Sejarah Kesedaran Pembinaan Negara Dan Bangsa

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*