Permohonan Rumah Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim

Pendaftaran Dan Syarat Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Rumah Bangsa Johor. Ianya merupakan satu berita baik dan hadiah istimewa buat rakyat Negeri Johor dari Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Program perumahan mampu milik untuk Bangsa Johor yang dinamakan “Rumah Impian Sultan Ibrahim” akan dilancarkan pada hari Rabu, 22 Mac 2017 di Galeria Kotaraya, Johor Bahru. Terdapat 3 lokasi yang ditawarkan iaitu di Bandar Dato’ Onn, Jalan Yahya Awal dan Bandar Baru Majidee.

Permohonan Rumah Bangsa Johor

Permohonan Rumah Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim Dan Syarat Kelayakan

Pengumuman tentang projek Rumah Impian Sultan Ibrahim telah dibuat sempena menyambut hari ulang tahun keputeraan baginda yang ke-59. Jadi bagaimana cara memohon dan apakah syarat pendaftaran rumah mampu milik ini?

Cara Mendaftar Rumah Impian Sultan Ibrahim

  1. Untuk Pra- Pendaftaran, sila layari Laman Web Rasmi Yayasan Sultan Ibrahim
  2. Pra-Pendaftaran ini tidak noleh dianggap sebagai Pengesahan Tawaran
  3. Pastikan nama, emel dan no.telefon anda adalah betul dan boleh dihubungi
SEE ALSO  Senarai Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Terkini

Pemohon yang berjaya hanya perlu membayar deposit RM1 untuk pinjaman penuh dengan skim pembayaran semula yang mudah.

Tarikh Pelancaran

  • Hari : Rabu, 22 Mac 2017
  • Masa : 230 petang
  • Tempat : Galleria@Kotaraya

Syarat Pendaftaran Rumah Bangsa Johor

Di antara syarat-syarat layak memiliki rumah Bangsa Johor ini adalah seperti berikut. Syarat akan dikemaskini dari masa kesemasa.

  • Warganegara Malaysia, menetap 5 tahun di negeri Johor dan berumur 18 tahun ke atas. (Keutamaan diberikan kepada BANGSA JOHOR)
  • Pemohonan rumah buat kali pertama
  • Taraf bujang atau telah berkahwin
  • Satu permohonan bagi setiap pasangan yang telah berkahwin
  • Pemohon atau pasangan yang masih belum memiliki rumah

Pendapatan isi rumah berdasarkan jenis rumah yang ditawarkan :-Pendapatan isi rumah berdasarkan jenis rumah yang ditawarkan :-

Rumah Impian Bangsa Johor B

  • Harga rumah dari RM150,000 : Terbuka dan tertakluk kepada pemohon

Rumah Impian Bangsa Johor A

  • Harga rumah dari 100,001 hingga RM150,000. Pendapatan tidak lebih dari RM8,000 sebulan

Rumah Impian Sultan Ibrahim

  • Rumah berharga RM80,000 hingga RM100,000. Pendapatan tidak lebih dari RM5,000 sebulan
SEE ALSO  Live Streaming Sarawak Vs JDT 28-2-2017 Liga Super Malaysia

Kepada Bangsa Johor yang berminat dan berkelayakan, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan Rumah sendiri. Pendaftarn rumah Impian Bangsa Johor akan dibuka selepas jam 530 petang di  Galeria Kotaraya, JB.

Permohonan Rumah Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim

Rumah Impian Sultan Ibrahim dan Rumah Impian Bangsa Johor

Harga rumah dipasaran terlalu tinggi menyebabkan rakyat tidak mampu untuk memliliki kediaman sendiriDemi kebaikan rakyat, Yayasan Sultan Ibrahim di bawah naungan dan bimbingan Sultan Ibrahim Iskandar akan membangunkan Rumah Impian Sultan Ibrahim dan Rumah Impian Bangsa Johor. Ianya akan dibina di Bandar Dato’ Onn, Bandar Baru Majidee dan Bukit Saujana. Prapelancaran fasa pertama membabitkan 600 unit rumah akan disempurnakan pada hari Rabu, 22 Mac 2017.

A. Rumah Impian Sultan Ibrahim

Bagi Kategori Rumah Impian Sultan Ibrahim di Bandar Dato’ Onn, sebanyak 520 unit rumah akan dibina melibatkan komponen 190 unit rumah teres, 130 unit rumah berkembar dan 200 unit rumah sebuah. Projek akan dibina di atas tanah seluas 52.7 ekar, yang berharga dari RM80,000 hingga RM100,000 seunit.

B. Rumah Impian Bangsa Johor

Bagi Kategori Rumah Impian Bangsa Johor di Bandar Baru Majidee, sebanyak 320 unit rumah akan dibina terdiri daripada dua blok yang masing-masing mempunyai 12 tingkat kediaman. Projek ditawarkan dengan harga kurang dari RM150,000 seunit, dan akan dibina di atas tanah seluas 6.8 ekar.

Kerja-kerja pembinaan bagi kedua-dua kategori tersebut akan bermula pada pertengahan tahun ini dan dijangka siap pada penghujung 2019.

Bagi Rumah Impian Bangsa Johor di Bukit Saujana pula, sebanyak 1,000 unit rumah ditawarkan dengan harga dari RM297,000 hingga RM420,000 seunit. Projek akan dibina di atas tanah rizab Melayu seluas 7.55 ekar dengan keluasan 850 kaki persegi, 1,000 kaki persegi dan 1,200 kaki persegi per unit.

“Kesemua jenis kategori rumah akan turut dilengkapi kemudahan lain seperti televisyen, peti sejuk, mesin basuh dan ‘cook tap’,”  Sumber  Jauhar.my

Selamat membuat Permohonan Rumah Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim. Semoga mereka yang layak akan mampu memiliki rumah sendiri nanti.

SEE ALSO  Semakan Keputusan SMAN Pahang 2017 Online

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*