Permohonan RUMAWIP Online Rumah Mampu Milik

Permohonan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) kini boleh dimohon secara atas talian atau online. RUMAWIP ialah singkatan kepada Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan. Ia merupakan rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang menetap dan bekerja di Wilayah Persekutuan. Berikut dikongsikan panduan cara buat Permohonan RUMAWIP Online Rumah Mampu Milik.

Permohonan RUMAWIP Online
Permohonan RUMAWIP Online Rumah Mampu Milik

Permohonan RUMAWIP Online Rumah Mampu Milik

[button-green url=”#” target=”_self” position=”left”]Syarat Kelayakan RUMAWIP[/button-green]

 

 

Berikut adalah syarat kelayakan Permohonan RUMAWIP Online Rumah Mampu Milik :-

  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun keatas dan telah bekerja atau bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari 3 tahun (Penyata KWSP dan Borang J LHDN diperlukan)
  • Pendapatan kasar isi rumah bagi pemohon tidak melebihi RM10,000
  • Pemohon tidak mempunyai sebarang rumah kediaman di Wilayah Persekutuan
  • Pembeli hendaklah menduduki rumah dan tidak boleh disewakan kecuali mendapat kebenaran daripada agensi khas MUAWIP
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang tinggal berhampiran dengan kawasan rumah mampu milik yang dibangunkan

[button-green url=”#” target=”_self” position=”left”]Borang Permohonan RUMAWIP Online[/button-green]

 

 

Garis Panduan Permohonan Rumah Mampu Milik

1. Selepas mendaftar, pemohon hendaklah mengemaskini Profil Peribadi mereka.

2. Apabila projek telah dibuka untuk permohonan, pemohon hendaklah mengemukakan permohonan secara online. Sila login sistem pendaftaran.

3. Sekiranya permohonan tersebut LAYAK DIPROSES, maka pemohon diminta mengemukakan dokumen sokongan berikut :-

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan Pasangan (Suami/Isteri)
  • Salinan Surat Nikah / Sijil Perkahwinan / Surat Cerai / Sijil Kematian
  • Penyata Gaji Terbaru Pemohon
  • Penyata Gaji Terbaru Pasangan
  • Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pemohon
  • Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pasangan
  • Salinan Bil Elektrik
  • Salinan Bil Air
  • Salinan Sijil Kelahiran Anak-anak / Tanggungan
  • Surat Pengesahan OKU Pemohon / Surat Pengesahan OKU Tanggungan (jika ada)
  • Surat Pengesahan Majikan Pemohon
  • Surat Pengesahan Majikan Pasangan
  • Salinan Geran / Salinan S&P harta yang dimiliki (jika ada)
  • Surat Akuan Sumpah
  • Cetak Borang Permohonan/Pendaftaran

 

Klik disini untuk muat turun Senarai Semak dan Surat Akuan Sumpah

 

4. Sekiranya permohonan LAYAK DIUNDI, maka Surat Jemputan menghadiri proses pengundian akan dihantar kepada pemohon melalui e-mel. Sila semak e-mel atau Daftar Masuk sistem untuk melihat status permohonan.Pemohon yang tidak dapat hadir, sila kemukakan Borang Pelantikan Proksi. Klik di sini untuk muat turun Borang Pelantikan Proksi.

5. Sekiranya Pemohon BERJAYA dalam proses pengundian, Surat Pengesahan akan dihantar melalui e-mel kepada Pemohon.

6. Senarai nama permohon yang berjaya akan diserahkan kepada PEMAJU yang terbabit untuk mengeluarkan Surat Tawaran Pembelian. Urusan seterusnya pihak Pemohon akan berurusan dengan Pemaju sehingga Pemohon berjaya menduduki rumah yang dipohon.

Maklumat lanjut sila klik Panduan MUAWIP

Sumber

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*