Permohonan Sekolah Seni Malaysia (SSeM) 2018 Online

Permohonan Sekolah Seni Malaysia (SSeM) 2018 Tingkatan Satu (1). Berita baik buat pelajar UPSR 2017 yang berminat untuk menyambung pelajaran di Sekolah Seni Malaysia (SSeM) tahun 2018. Dikongsikan dari makluman Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, permohonan Sekolah Seni Malaysia 2018 Online ke Tingkatan 1 boleh dimohon melalui appliaksi permohonan online e-SSeM bermula dari 3 April sehingga 31 Ogos 2017.

Permohonan sekolah seni malaysia tingkatan 1
Permohonan Sekolah Seni Malaysia 2017 Online

Permohonan Sekolah Seni Malaysia 2018 (SSeM) Tingkatan Satu Online

Sebagai panduan buat pemohon, Sekolah Seni Malaysia ataupun SSeM adalah sebuah institusi pendidikan formal satu sesi yang menyediakan kemudahan menggilap dan menggarap potensi dan bakat diri generasi murid untuk menceburi aktiviti kesenian dan kebudayaan tanah air secara aktif dan kreatif. 

Berikut dikongsikan cara-cara membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia Ambilan tahun 2018 Tingkatan Satu yang boleh di buat secara online.

  • Applikasi Permohonan : Klik Applikasi e-SSeM
  • Tarikh Buka : 3 April 2017
  • Tarikh Tutup : 31 Ogos 2017
  • Semakan Keputusan : Sesi serlahan seni pada hujung September dan semakan tawaran pada hujung tahun 2017. Sila rujuk semakan keputusan SSeM

Syarat Permohonan SSeM

Berikut adalah syarat permohonan kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia tahun 2018 :-

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian (Seni Visual/ Tari/ Teater/ Muzik)
  3. Sihat tubuh badan / Tidak cacat / Bukan dalam kalangan murid OKU
  4. Hanya permohonan secara ‘Online’ akan diproses

Syarat Kemasukan

  1. Lulus semua mata pelajaran dalam UPSR sekurang-kurangnya 3B dalam UPSR
  2. Lulus dalam Sesi Serlahan Seni / Uji Bakat
  3. Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan
  4. Murid yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan
  5. Mengemukakan rekod kesihatan murid
  6. Mengemukakan semua dokumen asal semasa temuduga
  7. Permohonan akan ditolak sekiranya calon memalsukan sebarang dokumen semasa temuduga

Sebarang pertanyaan dan masalah berkenaan Permohonan Sekolah Seni Malaysia Tingkatan Satu 2017 Online, anda boleh rujuk maklumat berikut.

  • Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Unit Pengurusan Sekolah Seni
  • Talian 03-88721620
  • Layari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia http://www.moe.gov.my.

Selamat membuat Permohonan Sekolah Seni Malaysia (SSeM) 2018 Online. Semoga anda berjaya ditawarkan tempat ke SSeM kelak.

SEE ALSO  Cara Beli Nombor Pin Unik UPU Di BSN

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*