Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan SSM – Cara Daftar Dan Syarat

Permohonan Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan SSM. Perhatian buat pelajar IPTA/ IPTS/ Politeknik/ Kolej/ Institut Kemahiran/ Pusat Kemahiran di Malaysia. Berita baik kerana bermula 1 Januari 2017, anda boleh menikmati pendaftaran perniagaan secara percuma melalui Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan SSM. Oleh itu bagaimana cara membuat permohonan dan syarat kelayakan untuk skim ini?

Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan SSM

Borang Permohonan Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan SSM

Berikut dikongsikan cara dan syarat untuk membuat pendaftaran perniagaan secara percuma melalui Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan. Skim ini berkuatkuasa bermula dari 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2026. Pelajar di pusat pengajian dalam Malaysia adalah layak untuk menikmati pendaftaran perniagaan secara percuma. SSM memperuntukkan geran sebanyak RM10 juta bagi tempoh 10 tahun dengan RM1 juta setiap tahun kepada pelajar yang layak.

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan skim 1 pelajar 1 perniagaan buat panduan pelajar yang berminat :-

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas;
  2. Sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa di mana-mana IPTA/IPTS/Politeknik/Kolej/Institut Kemahiran/Pusat Kemahiran di dalam negara;
  3. Permohonan yang boleh dipertimbangkan adalah bagi satu pendaftaran perniagaan baharu untuk tempoh satu tahun sahaja bagi setiap pelajar di sepanjang tempoh pelaksanaan skim ini;
  4. Pemohon boleh memilih untuk mendaftar perniagaan pemilikan tunggal atau perkongsian (rakan kongsi hendaklah terdiri dari kalangan pelajar sahaja); dan
  5. Pembaharuan pendaftaran perniagaan setelah tamat tempoh setahun akan dikenakan bayaran seperti biasa.
SEE ALSO  Semakan Keputusan Sekolah Kawalan 2017 Online

Cara Mendaftar Perniagaan Di SSM

Berikut adalah cara/ proses dalam membuat pendaftaran perniagaan melalui Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan :-

Permohonan hanya boleh dikemukakan melalui kaunter perkhidmatan pendaftaran perniagaan SSM di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan

Permohonan hendaklah disertakan dengan mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut;

  1. Kad Pengenalan;
  2. Dua (2) salinan kad pelajar yang masih dalam tempoh sahlaku; dan
  3. Salinan asal surat perakuan pelajar IPTA/ IPTS/ Politeknik/ Kolej/ Institut Kemahiran/ Pusat Kemahiran.
Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan SSM
Permohonan Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan SSM

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi pusat panggilan SSM di talian 03-77214000 atau emel ke enquiry@ssm.com.my. Sumber Facebook SSM.

Kepada pelajar yang layak dan berminat dengan skim 1 Pelajar 1 Perniagaan, jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*