Permohonan SMA MAIWP Dan SMISTA 2018 Online

Permohonan Sekolah Menengah Agama MAIWP Dan Integrasi Sains Tahfiz 2018 Online. Pelajar UPSR 2017 (Darjah 6) terutama anak-anak Wilayah Persekutuan adalah dipelawa untuk membuat Permohonan SMA MAIWP Dan SMISTA 2018 Online kemasukan ke Tingkatan 1. Dipetik dari FB SMISTA, permohonan kemasukan ke Sekolah Menengah Agama MAIWP (SMA) dan Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) sesi 2018 kini di buka. Permohonan secara online dibuka dari 22 November hingga 28 November 2017.

Pelajar yang berminat dan berkelayakan boleh membuat permohonan secara atas talian di applikasi permohonan iSMAM. Untuk maklumat lanjut, sila layari SMAM.

Permohonan SMA MAIWP
Permohonan SMA MAIWP Dan SMISTA 2018 Online

Maklumat Permohonan SMA MAIWP Dan SMISTA 2018 Online

Untuk panduan para pemohon, berikut dikongsikan maklumat pentong berkaitan permohonan SMA MAIWP dan SMISTA sesi 2019 secara online. Maklumat yang dikongsikan termasuk syarat permohonan, applikasi permohonan dan cara menghubungi untuk sebarang pertanyaan.

Syarat Permohonan Sekolah Menengah Agama MAIWP

Pelajar yang ingin memohon perlul merujuk kepada syarat kelayakan permohonan berikut :-

  1. Warganegara Malaysia
  2. Keutamaan diberikan kepada anak-anak Wilayah Persekutuan.
  3. Peruntukan 10% dibuka kepada anak-anak yang dilahirkan di luar Wilayah Persekutuan
  4. Minat dan mahir dalam Pengajian Al-Quran, Tilawah dan Hafazan

Syarat Kelayakan Akademik

Selain syarat permohonan, syarat kelayakan akademik pelajar adalah seperti berikut :-

  1. Kelayakan minima 5A 1B dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017. Bagi anak-anak asnaf, kelayakan minima adalah 3A 3B.
  2. Mendapat 5A / MUMTAZ dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA/ PSRA) 2017 atau yang setara dengannya.
  3. Bagi anak asnaf penerima bantuan bulanan Baitulmal MAIWP, syarat minimum adalah sekurang-kurangnya UPSR 3A, 3B atau 3A/ Jayyid Jiddah dalam UPSR/ PSRA atau setara dengannya
  4. Disamping itu, pemohon perlu menghadiri sesi temuduga dan dikehendaki lulus.

Cara Membuat Permohonan Kemasukan Sekolah Menengah Agama MAIWP 2018 Secara Online

Permohonan boleh dibuat secara online di

  • Applikasi Permohonan : Klik iSMAM

Ibu bapa perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun anaknya sendiri sebelum membuat permohonan ke Tingkatan 1

Soalan Lazim berkaitan permohonan boleh dirujuk di FAQ

Nota

Ibu Bapa perlu mengemaskini keputusan UPSR dan UPSRA/PSRA/SETARAF selepas keputusan diumumkan. Butang penghantaran permohonan online hanya akan diaktifkan selepas keputusan UPSR diumumkan pada 23 November 2017 (Khamis).

Cara Hubungi SMA Dan SMISTA MAIWP

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :-

  • Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
    Sekolah Kluster Kecemerlangan
    Telefon : 03-9171 3661

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :-

  • Bahagian Pembangunan Insan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
    Aras 1,7,9-11, Bangunan PERKIM, No. 150, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur.

atau

  • SMISTA-MAIWP
    D/A Masjid Saidina Othman Ibn Affan
    Jalan Budiman
    56000 Cheras
    Kuala Lumpur
    Tel : 03-9171 1005
    Faks : 03-9171 1499

Selamat membuat Permohonan SMA MAIWP Dan SMISTA 2018 Online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan untuk sesi 2018 nanti. Sumber FB SMISTA

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*