Permohonan SMA Perak 2017 Online

Permohonan Sekolah Menengah Agama (SMA) Negeri Perak 2017 Online. Perhatian buat ibu bapa dan pelajar UPSR 2016. Permohonan kemasukan ke Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Perak tahun 2017 untuk kemasukan ke Tingkatan 1 kini dibuka. Permohonan SMA Perak 2017 Online adalah dibuka dari 17 hingga 30 November 2016 dan perlu dibuat secara online.

Permohonan SMA Perak 2017 Online
Cara Mohon SMA Perak 2017 Online

Permohonan SMA Perak 2017 Online

Berikut dikongsikan cara-cara membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Menengah Agama (SMA) Kerajaan Negeri Perak tahun 2017. Juga dikongsikan syarat kelayakan permohonan dan senarai sekolah.

Syarat Kelayakan

Permohonan adalah dibuka selepas keputusan UPSR 2016 diumumkan dan mereka yang berkelayakan seperti berikut boleh memohon:-

  • Memperolehi sekurang-kurangnya 4A dalam UPSR 2016
  • Memperolehi sekurang-kurangnya 5A 3B dalam UPKK 2015
  • Menduduki Peperiksaan Sijil Rendah Agama Islam Perak (SRAI) 2016

*Pemohon yang layak hendaklah menduduki ujan Hafazan Al-Quran

SEE ALSO  Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 2017 Online

Cara Memohon

Berikut adalah langkah/ cara membuat permohonan/ pendaftaran SMA Perak 2017 :-

  1. Sebagai pra-syarat, pemohon perlu mendaftar masuk sebagai ahli Gerbang Mesra Rakyat (GMR) terlebih dahulu. Sila DAFTAR BARU jika pemohon belum pernah mendaftar sebagai ahli GMR.
  2. Klik LOGIN/ DAFTAR MASUK buat mereka yang telah mendaftar.
  3. Maklumat ahli GMR yang didaftarkan mestilah maklumat pemohon sendiri. Bukan maklumat ibu-bapa, penjaga atau orang lain.
  4. Pendaftaran untuk sesi 2017 dibuka dari 17/11/2016 hingga 30/11/2016.
  5. Pendaftaran untuk sesi 2017 mestilah dihantar selewat-lewatnya pada 30/11/2016.
  6. Sila isikan borang dengan lengkap dan tepat.
  7. Pastikan pemohon menekan butang Hantar dan mendapat nombor rujukan.
  8. Selepas menghantar borang, sila cetak borang dan hantar dokumen-dokumen sokongan ke Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Perak di alamat yang disediakan.
  9. Panduan pengguna dalam PDF boleh dirujuk di SMA PERAK
SEE ALSO  Semakan Temuduga UPU 2017 Online

Senarai Sekolah Agama

Berikut adalah Senarai Sekolah Agama Di Negeri Perak :-

  1. SEKOLAH IZZUDDIN SHAH (lelaki)
  2. SEKOLAH RAJA PEREMPUAN TAAYAH (perempuan)
  3. SEK. MEN RAJA DR. NAZRIN SHAH (lelaki & perempuan)
  4. SEK MEN TAHFIZ DARUL RIDZUAN MANJUNG (lelaki)
  5. SEKOLAH MEN TAHFIZ DARUL RIDZUAN KUALA KANGSAR (lelaki)
  6. SEK MEN TAHFIZ DARUL RIDZUAN LENGGONG (lelaki)
  7. SEKOLAH MEN TAHFIZ DARUL RIDZUAN TAPAH (perempuan)
  8. SEK MEN TAHFIZ DARUL RIDZUAN KERIAN (perempuan)

Semakan keputusan Permohonan SMA Perak 2017

Pemohon boleh menyemak status keputusan permohonan bermula pada 13 Disember 2016.

Sumber rujukan : Portal Gerbang Mesra Rakyat Negeri Perak

Selamat membuat Permohonan SMA Perak 2017 Online. Semoga anda terpilih sebagai salah seorang pelajar yang berjaya memasuki Sekolah Menengah Agama Kerajaan Perak kemasukan Tingkatan 1.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*