Permohonan SMA Terengganu 2017 Online

Permohonan Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu 2017 Online. Perhatian buat ibu bapa dan pelajar UPSR 2016 Negeri Terengganu. Dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan ke Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu (SMANT) dan Madrasah Moden MAIDAM Tingkatan 1 kini dibuka. Permohonan SMA Terengganu 2017 boleh dibuat secara online melalui applikasi permohonan bermula dari 17 hingga 25 November 2016. Untuk makluman, permohonan untuk pelajar PT3 2016 (kemasukan Tingkatan 4) dan kemasukan Tingkatan 6 juga melalui applikasi permohonan ini. Tarikh permohonan akan dikemaskini dari masa kesemasa.

Permohonan Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu onlinePermohonan SMA Terengganu 2017 Online

Berikut adalah maklumat penting berkaitan Permohonan SMA Terengganu 2017 secara online. Untuk makluman, borang permohonan hendaklah diisi oleh pemohon dengan bimbingan ibu bapa/ penjaga.

Permohonan kemasukan ke SMANT akan dibuka/ ditutup seperti ketetapan tarikh berikut:-

  • 17 November 2016 (Khamis) jam 9.00 pagi : Tarikh Buka
  • 24 November 2016 (Khamis) jam 5.00 petang : Tarikh Tutup

Cara Buat Permohonan SMANT Online

Sila layari applikasi permohonan di SMANT. Sila Pilih Kategori dan Klik Gambar Untuk Membuat Permohonan. Pemohon perlu merujuk kepada nota dan syarat kemasukan setiap sekolah dan kemudiannya Klik Applikasi Permohonan Online untuk memohon.

A. Sekolah Berasrama Penuh : Tingkatan 1 SMA(A)SZA

Syarat Kemasukan Ke SMA (A) Sultan Zainal Abidin

  1. Mendapat 3A 3B dalam peperiksaan UPSR 2016
  2. Rakyat Terengganu
  3. Beragama Islam
  4. Lulus Sijil KAFA atau setaraf dengannya
  5. Umur tidak melebihi 13 tahun

B. Sekolah Bukan Berasrama Penuh (SMANT Harian)

syarat kemasukan sma terengganuC. Madrasah Moden Maidam

Murid tahun enam (6) yang telah menduduki UPSR 2016 dan berminat dan layak boleh memohon. Syarat Kemasukan ke Madrasah Moden MAIDAM adalah seperti berikut :-

1. Tiada unit dikenakan dalam UPSR 2016.

2. Pemohon mestilah warganegara Malaysia rakyat Terengganu iaitu :
: Bapa lahir di Terengganu Darul Iman ATAU
: Ibu bapa telah bermastautin di Terengganu terus-menerus tidak kurang dari 10 tahun dan mempunyai niat serta bukti-bukti yang menunjukkan akan tinggal tetap di Terengganu.
3. Lulus Ujian KAFA atau setaraf dengannya.
4. Lulus dalam sesi temuduga yang merangkumi ujian seperti berikut :
: Bahagian A : Ujian Al-Quran dan Personaliti
: B : Ujian Kemahiran Jawi
: Bahagian C : Ujian Kemahiran Penulisan Bahasa
5. Bersetuju menerima ketiadaan PT3 dalam Madrasah Moden MAIDAM Negeri Terengganu (3MNT).
6. Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan daripada 3MNT yang berkaitan.  

Senarai Madrasah Moden MAIDAM Negeri Terengganu (3MNT) adalah seperti berikut :-

  • 1. Madrasah Moden MAIDAM Kuala Nerus (3MKN) untuk pelajar lelaki sahaja
  • 2. Madrasah Moden MAIDAM Besut (3MB) untuk lelaki sahaja
  • 3. Madrasah Moden MAIDAM Kuala Berang (3MKB) untuk pelajar perempuan sahaja
  • 4. Madrasah Moden MAIDAM Dungun (3MD) untuk pelajar lelaki sahaja

Selamat membuat Permohonan SMA Terengganu 2017 Online. Semakan ujian bertulis dan tawaran boleh disemak bermula awal Disember 2016 sehingga awal Januari 2017.

SEE ALSO  Semakan Keputusan JPA MARA 2016 Online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*