Permohonan Kemasukan Universiti Awam UA Ambilan Kedua Sesi 2017/ 2018. Berita baik buat lepasan STPM yang berhajat untuk menyambung pengajian tinggi di Universiti Awam (UA/ IPTA). Menurut FB Kemasukan BPKP JP – FB Rasmi UPU, Permohonan UA Ambilan Kedua Sesi 2017/ 2018 ke UA yang terpilih akan dibuka pada bulan Oktober dan November 2017. Sesi pengambilan adalah untuk sesi Februari dan Mac 2018 dan melibatkan 5 IPTA iaitu UPSI, UIAM, UiTM, UTHM dan UUM.
Permohonan UA Ambilan Kedua Sesi 2017/ 2018
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan kemasukan ke Universiti Awam yang ada menawarkan program pengajian pada Ambilan Kedua Sesi 2017/ 2018. Untuk makluman, pemohon yang berminat dan melepasi syarat kelayakan perlu membuat permohonan terus ke UA yang berkenaan seperti panduan berikut.
Cara Membuat Permohonan UA Ambilan Kedua Sesi 2016/ 2017
1. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
- Kemasukan sesi Februari 2018
- Pemohon perlu membuat permohonan UIAM 2018 terus melalui Laman Web UIAM bermula dari 1 Oktober sehingga 1 November 2017
2. Universiti Utara Malaysia (UUM)
- Kemasukan sesi Februari 2018
- Untuk lepasan Diploma sahaja
- Permohonan terus melalui Laman Web UUM pada bulan November 2017
3. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
- Kemasukan sesi Mac 2018
- SARJANA MUDA/ PENERAPAN/ PROFESIONAL/ PLK
- Permohonan UiTM ambilan kedua melalui Laman Web UiTM bermula dari 2 Oktober sehingga 6 November 2017
4. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
- Kemasukan Februari 2018
- Program Ijazah Sarjana Muda
- Permohonan UPSI Februari 2018 melalui Laman Web UPSI bermula dari 9 Oktober sehingga 3 November 2017
5. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
- Kemasukan Februari 2018
- Lepasan Diploma sahaja
- Permohonan UTHM ambilan kedua melalui Laman Web UTHM pada bulan Oktober 2017
* Sila klik LINK pada setap Universiti Awam yang dinyatakan untuk panduan dan maklumat permohonan.
Selamat membuat Permohonan UA Ambilan Kedua Sesi 2017/ 2018 di Universiti Awam yang ada menawarkan sesi pengajian second intake. Diucapkan, semoga anda berjaya dalam permohonan ini nanti. Sumber Jadual : FB Rasmi UPU