Permohonan UTHM Februari 2017 Online Second Intake

Permohonan Kemasukan Ke UTHM Februari 2017 Second Intake. Berminat ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia? Perhatian buat pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran dalam Program Ijazah Sarjana Muda di UTHM. Dikongsikan dari FB UTHM, Permohonan UTHM Februari 2017 Online semester 2 Sesi 2016/2017 kini dibuka bermula 16 Oktober sehingga 31 Oktober 2016. Permohonan kemasukan second intake bulan Februari dan Mac 2017 juga ada ditawarkan di Universiti Awam lain iaitu UIAM, UUM, UiTM dan UPSI.

Permohonan UTHM Februari 2017 Online Second Intake

Permohonan UTHM Februari 2017 Online Semester 2

Berikut dikongsikan maklumat ringkas cara-cara membuat Permohonan Kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda UTHM Semester 2 Sesi 2016/2017. Untuk makluman, permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) :

  • Tarikh Buka : 16 Oktober 2016
  • Tarikh Tutup : 31 Oktober 2016
  • Applikasi Permohonan : Klik UTHM
  • Pemohon perlu mempunyai akaun untuk memohon. Sila create akaun baru jika belum ada

Semua borang dan dokumen yang telah disahkan hendaklah sampai kepada pihak UTHM selewat-lewatnya pada 3 November 2016. Permohonan yang lengkap diisi hendaklah dicetak dan dihantar beserta salinan sijil-sijil yang telah disahkan ke alamat berikut :-

Timbalan Pendaftar

Pejabat Pengurusan Akademik

Universiti Tun HUssin Onn Malaysia

86400 Parit Raja Batu Pahat

Johor Darul Takzim


Bagi calon yang sedang bekerja dikehendaki mengemukakan surat pelepasan dari majikan dan surat tajaan sewaktu mengemukakan permohonan.

Senarai Kursus Yang Ditawarkan

Kursus/ Program Sarjana Muda yang ditawarkan untuk pengambilan semester 2 sesi 2016/ 2017 adalah seperti berikut :-

  1. SARJANA MUDA KEJURUTERAAN ELEKTRIK DENGAN KEPUJIAN (BEV)
  2. BEJ : SARJANA MUDA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK DENGAN KEPUJIAN (BEJ)
  3. BNC : SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN AWAM (PEMBINAAN) DENGAN KEPUJIAN (BNC)
  4. SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN AWAM (ALAM SEKITAR) DENGAN KEPUJIAN (BNA)
  5. SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN AWAM (PERKHIDMATAN BANGUNAN) DENGAN KEPUJIAN (BNB)
  6. SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN KIMIA (BIOTEKNOLOGI) DENGAN KEPUJIAN (BNN)
  7. SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (AUTOMASI INDUSTRI) DENGAN KEPUJIAN (BND)
  8. SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRIK (KUASA ELEKTRIK) DENGAN KEPUJIAN (BNE)
  9. SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (KOMUNIKASI DAN KOMPUTER) DENGAN KEPUJIAN (BNF)
  10. SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MEKANIKAL (LOJI) DENGAN KEPUJIAN (BNL)
  11. SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MEKANIKAL (PEMBUNGKUSAN INDUSTRI) DENGAN KEPUJIAN (BNK)
  12. SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MEKANIKAL (AUTOMOTIF) DENGAN KEPUJIAN (BNG)
  13. SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MEKANIKAL (PEMBUATAN) DENGAN KEPUJIAN (BNM)
  14. SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MEKANIKAL (TEKSTIL INDUSTRI) DENGAN KEPUJIAN (BNH)
  15. SARJANA MUDA PENDIDIKAN VOKASIONAL (ELEKTRIK & ELEKTRONIK) DENGAN KEPUJIAN (BBE)
  16. SARJANA MUDA PENDIDIKAN VOKASIONAL (KATERING) DENGAN KEPUJIAN (BBC)
    SARJANA MUDA PENDIDIKAN VOKASIONAL (PENYEJUKBEKUAN DAN PENYAMANAN UDARA) DENGAN KEPUJIAN (BBG)
  17. SARJANA MUDA PENDIDIKAN VOKASIONAL (KIMPALAN DAN FABRIKASI LOGAM) DENGAN KEPUJIAN (BBD)
  18. SARJANA MUDA PENDIDIKAN VOKASIONAL (PEMESINAN AM) DENGAN KEPUJIAN (BBA)
  19. SARJANA MUDA PENDIDIKAN VOKASIONAL (MULTIMEDIA KREATIF) DENGAN KEPUJIAN (BBF)
Permohonan UTHM Februari 2017 Online Second Intake
Program Yang Ditawarkan UTHM Semester 2

Semakan Keputusan Permohonan UTHM Online

Pemohon boleh membuat semakan keputusan permohonan di Laman Web UTHM pada 15 Januari hingga 5 Februari 2017. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 5 Februari 2017 dianggap gagal dan tidak berjaya.

  • Klik UTHM untuk membuat semakan

Selamat membuat Permohonan UTHM Februari 2017 Online Second Intake. Semoga anda berjaya dalam permohonan ke UTHM.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*