Prapendaftaran Calon Jaya Matrikulasi 2017 Online

Prapendaftaran Secara Dalam Talian Calon Jaya Program Matrikulasi KPM Sesi 2017-2018. Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Program Matrikulasi KPM. Dikongsikan dari Portal Rasmi KPM, pelajar boleh membuat Prapendaftaran Calon Jaya Matrikulasi 2017 Online bermula dari 15 Mei hingga 31 Mei 2017.

Tujuan prapendaftaran adalah untuk memastikan proses pendaftaran pelajar Matrikulasi di Kolej Matrikulasi nanti berjalan lancar. Kemudahan yang disediakan ini sekaligus melancarkan proses pendaftaran pelajar.

Prapendaftaran Calon Jaya Matrikulasi 2017 Online

Cara Buat Prapendaftaran Calon Jaya Matrikulasi 2017 Online

Prapendaftaran secara dalam talian calon jaya Program Matrikulasi KPM sesi 2017/2018 boleh dibuat seperti ketetapan berikut :-

  1. Tarikh : 15 Mei 2017 jam 12.00 tengah hari hingga 31 Mei 2017 jam 11.59 malam
  2. Sebelum membuat prapendaftaran, sila pastikan anda telah membuat pembayaran yuran terlebih dahulu di BSN
  3. Seterusnya, sila layari laman sesawang mengikut kolej matrikulasi yang telah ditawarkan seperti di bawah untuk membuat prapendaftaran
  4. Pelajar yang menghadapi masalah dalam membuat pendaftaran secara online walau bagaimanapun boleh membuat pendaftaran di kolej pada tarikh yang dinyatakan dalam surat tawaran masing-masing
SEE ALSO  Prayer Times Malaysia

Semasa prapendaftaran, pelajar dikehendaki melengkapkan maklumat peribadi seperti kad matrik, saiz baju, kunci bilik penginapan dan sebagainya

Senarai Link Applikasi PraPendaftaran Program Matrikulasi 2017-2018 Online

Berikut dikongsikan link applikasi prapendaftaran mengikut Kolej Matrikulasi. Sila klik dibawah ini untuk pendaftaran secara online :-

Kolej Matrikulasi Melaka

Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang

Kolej Matrikulasi Perlis

Kolej Matrikulasi Labuan

Kolej Matrikulasi Johor

Kolej Matrikulasi Perak

Kolej Matrikulasi Kedah

Kolej Matrikulasi Pahang

Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah

Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang

Kolej Matrikulasi Teknikal Johor

Kolej Matrikulasi Selangor

Kolej Matrikulasi Kelantan

Kolej Matrikulasi Sarawak

 

Tahniah sekali lagi kepada bakal pelajar Program Matrikulasi sesi 2017-2018. Selamat membuat Prapendaftaran Calon Jaya Matrikulasi 2017 Online. Jangan lepaskan peluang ini dalam memudahkan urusan pendaftaran anda ke Kolej Matrikulasi nanti.

SEE ALSO  Permohonan SMA Terengganu 2017 Online

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*