Rayuan UPU 2016 Online IPTA Dan Politeknik Premier

Berita baik kepada pemohon UPU 2016 apabila permohonan rayuan kemasukan UPU Ke IPTA dan Politeknik Premier sesi 2016/ 2017 (Rayuan UPU 2016 Online) akan di buka kepada pemohon yang gagal bermula dari 26 Mei hingga 31 Mei 2016 (lepasan SPM) manakala lepasan STPM pada minggu kedua Ogos 2016. Permohonan e-rayuan adalah selama 5 hari sahaja.

Rayuan UPU 2016 Online
Rayuan UPU 2016 Online Ke IPTA/ Politeknik Premier

Untuk makluman, semakan UPU 2016 untuk tawaran kemasukan ke universiti awam (UA – dahulunya IPTA) dan Politeknik Premier adalah seperti berikut :-

Semakan keputusan UPU 2016 online boleh disemak seperti berikut :-

  • Calon lepasan SPM/ Setaraf – 16 Mei 2016 hingga 31 Mei 2016
  • Calon lepasan STPM/ Setaraf – Minggu kedua Ogos 2016


Pemohon boleh membuat semakan keputusan UPU 2016 secara online dan merujuk tarikh-tarikh penting kemasukan UPU di Semakan UPU 2016 Online

Rayuan UPU 2016 Online IPTA Dan Politeknik

Kepada pemohon yang gagal untuk menerima sebarang tawaran ke IPTA (UA), Politeknik Premier/ Konvensional/ Metro, Kolej Komuniti dan ILKA, anda boleh mengemukakan permohonan rayuan UPU 2016 selepas keputusan kemasukan ke Politeknik Konvensional/ Metro, Kolej Komuniti dan ILKA diumumkan pada 26 Mei 2016.

[junkie-alert style=”green”] Tahniah kepada yang berjaya dan Surat tawaran rasmi dari UA (IPTA), Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA akan dikeluarkan sehari selepas keputusan diumumkan melalui Laman Web masing-masing.

Pemohon dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran melalui Laman Web UA (UPTA), Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA dalam tempoh sepuluh (10) hari selepas keputusan permohonan diumumkan. . [/junkie-alert]

Tarikh Permohonan e-Rayuan UPU 2016

Cara membuat permohonan e-Rayuan UPU 2016 dan panduan tarikh penting rayuan adalah seperti berikut:

  • Bagi calon lepasan SPM/setaraf
    Bermula 26 Mei – 12 tengahari hingga 31 Mei 2016. (Rayuan dalam tempoh 5 hari)
  • Bagi calon lepasan STPM/setaraf
    (Minggu ke-2 Ogos 2016) *Rayuan dalam tempoh 5 hari

* Tarikh sebenar akan dikemaskini dari masa kesemasa

Keputusan Rayuan UPU 2016

Dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat mengikut program pengajian di IPTA/Politeknik Premier selepas pendaftaran pelajar baharu.

Semakan keputusan rayuan UPU 2016

  1. Semakan keputusan rayuan UPU untuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) boleh dibuat secara online dan SMS.

    ♦ Tarikh semakan dibuka

    • Bagi calon lepasan SPM/setaraf
      Hebahan Keputusan Rayuan (Calon Lepasan SPM/Setaraf)
      (Minggu ke-2 Jun 2016)
      Klik http://upu.mohe.gov.my/web/ untuk semakan
    • Bagi calon lepasan STPM/setaraf
      Hebahan Keputusan Rayuan (Calon Lepasan STPM/Setaraf)
      (Minggu ke-4 Ogos 2016)

    ♦ Cara buat semakan

    • Semakan secara online
      Semakan secara online boleh dibuat di pautan di bawah:
      Keputusan Rayuan Kemasukan Pelajar UPU 2016  – http://upu.mohe.gov.my/web/
    • Semakan melalui SMS
      Berikut adalah cara membuat semakan keputusan rayuan UPU melalui SMS:
      Taipkan:
      UPU<jarak>RESULT<jarak>[No KP]
      Contoh: UPU  RESULT  970222016745
      Hantarkan SMS ke 15888

Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA/Politeknik Premier dalam tempoh empat minggu selepas tarikh pendaftaran pelajar baharu, maka rayuan itu dianggap gagal.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*