Resepi Almond London Sedap Dan Mudah

Resepi Almond London Sedap Dan Mudah. Almond London merupakan kuih/ biskut moden yang menjadi kegilaan orang ramai pada musim perayaan Aidilifitri. Apa kata kalau tahun ini kita sama-sama mencuba untuk membuat sendiri biskut ini melalui perkongsian Resepi Almond London Sedap Dan Mudah di bawah ini. Mana tahu hasil tangan anda akan menjadikan biskut ini lebih sedap lagi berbanding yang di jual di kedai. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Resepi Almond London
Resepi Almond London Sedap Dan Mudah

Resepi Almond London

Bahan-bahan:

  • 250gm Mentega
  • 125gm Gula Ising
  • 100gm Tepung Jagung
  • 200gm Tepung Hoen Kwee (Warna putih tulisan biru)
  • 250gm Tepung Gandum
  • 1 biji telur (pukul sedikit)

Cara-cara Membuat:

  • 1. Pukul mentega, gula ising dan telur.
  • 2. Masukkan semua tepung dan uli lembut.
  • 3. Cubit tepung seadanya dan masukkan badam yang siap dibakar ke dalamnya.
  • 4. Bakar seadanya (jangan terlalu garing)
  • 5. Masukkan biskut yang dah dimasak ke dalam sarung.

Bahan Coklat :

  • 330gm Coklat Masakan
  • 2-3 sudu mentega (supaya coklat cepat cair dan bersinar)

Langkah akhir:

Cairkan coklat dengan kaedah double boiler. Guna sudu untuk letakkan coklat di atas biskut. Taburkan badam bakar.

Selamat mencuba!

Sumber FB Kuih Kita

Resepi Almond London 2

Bahan-bahan:

  • 200gm mentega
  • ½ cawan gula aising
  • ½ cawan badam
  • 200gm tepung gandum
  • 2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • Coklat untuk dicairkan

Cara penyediaan:

  • Pukul mentega dengan gula hingga kembang. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung uli sehingga sebati. Ambil sedikit adunan dan dibulatkan. Bubuh badam di dalamnya. Bakar sehingga masak
  • Setelah itu, barulah dicelup dengan coklat yang telah dicairkan.
  • Taburkan kacang diatas sebagai hiasan.

Sumber – Majalah Mingguan Wanita edisi 2008

SEE ALSO  Resepi Siakap Tiga Rasa Sedap Dan Lazat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*