Resepi Aneka Tom Yam Lazat

Resepi Aneka Tomyam Lazat. Tomyam adalah nama bagi dua hidangan sup atau berkuah yang berasal dari Thailand. Tom Yam dihidangkan secara meluas di negara kejiranan termasuk Malaysia. Masakan ini sudah terkenal sejak dahulu lagi. Tom Yam terkenal dengan rasanya yang pedas dan masam. Di sini dikongsikan beberapa resepi aneka tom yam untuk membuat tom yam yang lazat dan mudah.

Resepi Aneka Tom Yam Campur

Resepi Tom Yam Campur Lazat

Bahan-bahan:-

  • 100g isi ayam ( di potong kecil )
  • 100g daging (di potong kecil)
  • 10 ekor udang ( buang kulit dan kepala)
  • 3 ekor sotong ( potong bulat )
  • 1 1/2 – 2 liter air stok ayam atau daging ( satu periuk sederhana )
  • 3 batang serai
  • 1 inci lengkuas ( dihiris)
  • 1 paket cendawan tiram (250 g)
  • 10 biji cili padi ( di tumbuk )
  • 1 biji tomato
  • 2 labu bawang besar ( potong baji atau potong bulat )
  • 2 sudu makan pes tomyam
  • 1 kiub ayam/daging ( jika suka)
  • 2 camca teh sos ikan ( sos nampla)
  • 1 camca teh gula ( jika suka)
  • Daun ketumbar secukupnya
  • 3-4 helai daun limau purut
  • 3-4 sudu besar air limau nipis ( ikut banyak mana kuah anda)

Cara Penyediaan :-

  • Didihkan air stock ayam/daging dalam periuk.
  • Masukkan isi ayam dan daging . Masak sehingga daging dan ayam empuk.
  • Masukkan pes tomyam, udang, serai, lengkuas, daun limau purut, cili padi, cendawan dan bawang merah.
  • Biar mendidih masukkan stok ikan, gula, garam, jus limau, tomato dan daun ketumbar.
  • Angkat dan hidangkan

Resepi Tom Yam Sotong

Tom-Yam-Merah-Pekat
Resepi Tom Yam Sotong

Bahan-bahan :-

  • 600 gm sotong
  • 1 labu bawang besar – dihiris bulat
  • 2 – 3 batang serai dititik
  • 5 – 6 cili api merah dititik
  • 3 sudu besar pes tom yam thai
  • 1 ketul kiub tomyam maggi
  • 1/2 batang lobah merah – dipotong serong
  • Bunga kobis
  • Cendawan tiram warna putih
  • 1 batang saderi – dipotong serong
  • 1 biji tomato dibelah 4
  • 5 – 6 keping daun limau purut
  • 2 sudu besar jus limau kasturi
  • Air secukupnya untuk kuah tom yam

Cara Penyediaan :-

  • Didihkan air secukupnya di dalam periuk. Kemudian masukkan pes tomyam, kiub tomyam, dan serai. Kacau rata dan biarkan kuah mendidih. Perasakan dengan garam.
  • Kemudian, masukkan sotong dan kacau sebati. Biarkan ia mendidih sekali lagi.
  • Selepas itu masukkan lobak merah, bunga kobis, cendawan tiram, dan batang saderi, . Biarkan di atas dapur seketika sehingga lobak merah masak.
  • Akhir sekali masukkan bawang besar, buah tomato, cili padi dan daun limau purut, dan jus limau kasturi.
  • Biarkan mendidih sekejap. Tutup api dan sedia dihidangkan panas-panas.

SUMBER

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*