Resepi Mama Carey Biskut Sedap

Resepi Biskut Mama Carey Sedap. Biskut Mama Carrie atau Biskut Mama Carey adalah sejenis biskut moden/ kuih yang popular dan mudah/ senang di buat di musim perayaan Aidilfitri. Berikut dikongsikan Resepi Mama Carey yang boleh dibuat sendiri di rumah. Biskut ini terdapat dalam pebagai bentu kecil dengan pelbagai warna seperti love, butterfly, pink dan banyak lagi. Resepi Biskut Mama Carey yang dikongsikan ini boleh dijadikan panduan buat mereka yang bercadang untuk membuat sendiri di rumah. Boleh cuba dan kalau tidak berjaya bolehlah beli di kedai.

Resepi Biskut Mama Carey/ Carrie

Bahan-bahan:

  • 150gm mentega
  • 200gm tepung gandum
  • 50gm gula aising
  • 60gm tepung jagung
  • ½ sudu kecil essen vanilla

Cara penyediaan:

  • Pukul mentega bersama gula. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung
  • Gaul sehingga sebati dan canai. Terap mengikut cita rasa anda

Bahan untuk permukaan:

  • 2 biji putih telur
  • 150gm gula aising
  • 15gm tepung jagung
  • ½ sudu kecil essen vanilla

Cara penyediaan:

  • Pukul putih telur hingga kembang. Masukkan tepung jagung dan gula aising sedikit demi sedikit.
  • Bancuh sedikit adunan dengan pewarna coklat emalco.
  • Letak diatas adunan yang telah dicetak dan bakar sehingga masak.

Sumber – Majalah Saji edisi Julai 2005

Selamat mencuba Resepi Mama Carey, biskut sedap yang boleh dinikmati bersama keluarga di rumah semasa Hari Raya Aidilfitri nanti.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*