Resepi Sambal Petai Ikan Bilis Lazat

Resepi Sambal Petai Ikan Bilis Lazat. Sambal ialah salah satu hidangan istimewa masakan Melayu. Terdapat pelbagai jenis sambal yang berasal dari pelbagai daerah di Malaysia. Sambal petai ikan bilis ini sangat popular di kalangan masyarakat melayu terutama di kawasan kampung. Resepi ini sedap dan mudah untuk dilakukan. Disini dikongsikan resepi sambal petai ikan bilis lazat dan cepat.

sambal ikan bilis petai
Resepi Sambal Petai Ikan Bilis

Resepi Sambal Petai Ikan Bilis Lazat

Bahan-bahan:

  •  10tangkai cili kering (potong pendek-pendek dan rebus)
  • 1 labu bawang besar belah 4.
  • 1/2 inci belacan
  • 1 sudu minyak masak

[junkie-alert style=”green”] campur semua bahan dan bland sampai hancur [/junkie-alert]

  • 1/2 senduk minyak (untuk tumis)
  • Bawang merah dan bawang putih racik/tumbuk (untuk tumis)
  • 2 keping asam gelugur (jus asam jawa pun boleh)
  • Petai 5-10 keping (ambil isi). Kalau nak guna kulit pun boleh kalau petai muda. Hiris nipis-nipis
  • Ikan bilis 1 genggam
  • 1 labu bawang besar hiris nipis bulat-bulat
    garam dan gula secukup rasa
SEE ALSO  Kerabu Sotong Bersama Suhun

Cara Penyediaan:

  • Panaskan minyak dan tumis bawang sampai naik kekuningan.
  • Masukkan bahan yg dibland, tumis sampai naik bau/pecah minyak.
  • Biar betul-betul masak.masukkan asam keping/jus asam jawa.
  • Masukkan petai dan ikan bilis. Tambahkan garam dan gula.
  • Last skali masukkan bawang besar yg dihiris bulat-bulat.
  • Kalau nak lagi sedap dan berlemak masukkan 1 senduk pati santan pekat .Biarkan seketika sebelum padamkan api.

Sekian sahaja resepi sambal petai ikan bilis.

Selamat mencuba

SUMBER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*