SAPS Semakan Markah Online Pelajar

Semakan SAPS Ibu Bapa Sistem Analisis Peperiksaan. Bagaimana semak markah online pelajar melalui sistem SAPS tahun 2017 ini? Zaman teknologi yang makin canggih kini memudahkan semua dalam setiap urusan. Ianya termasuk membuat semakan keputusan peperiksaan sekolah anak-anak anda. Bagaimana hendak menyemak SAPS Semakan Markah Online/ Sistem Analisis Peperiksaan secara online? Jawapannya, ibu bapa boleh melayari Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS NKRA).

SAPS Semakan Markah Online
SAPS Semakan Markah Online

SAPS Semakan Markah Online

Sistem semakan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini membolehkan Keputusan Peperiksaan pelajar boleh disemak secara online. Diantara keputusan yang boleh disemak adalah :-

  • Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun
  • Peperiksaan Akhir Tahun
  • Traial exams (peperiksaan percubaan) UPSR, PT3 dan SPM

Sistem Semakan SAPS Ibu Bapa (SAPS Semakan Markah Online) ini akan memaparkan slip keputusan serta markah peperiksaan pelajar. Butang Papar Slip Keputusan akan memaparkan keputusan terperinci ujian atau peperiksaan seperti markah, gred, kedudukan dalam kelas. peratusan dan lain-lain lagi. Kemudahan ini sekaligus memudahkan para ibubapa untuk memantau prestasi akademik anak masing-masing.

Sistem SAPS Semakan Ibu Bapa ini menyediakan semakan bagi darjah 1 hingga darjah 6 untuk sekolah rendah. Manakala bagi sekolah menengah pula ianya menyediakan semakan bagi Tingkatan 1 hingga  5. Untuk keputusan peperiksaan terkini, sila pastikan anda membuat semakan selepas data atau markah diisi/ dikemaskini oleh guru.

Cara Buat Semakan SAPS Ibu Bapa Online

Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk membuat semakan SAPS:

saps ibu bapa

Pergi ke laman web SAPS dan klik semak markah onlineuntuk ke menu utama.

  1. Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa dash “-” atau space).
  2. Pilih samada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan pilih Tahun peperiksaan.
  3. Klik butang Semak Laporan, dan anda akan dibawa submenu seperti paparan di bawah

    saps

  4. Pilih jenis peperiksaan ingin disemak, samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, peperiksaan percubaan UPSR, PMR/PT3 serta SPM dan sebagainya.
  5. Kemudian klik Papar Slip Keputusan atau untuk paparan yang lebih terperinci, klik Papar Markah Peperiksaan.

Terdapat juga applikasi mobile di Android untuk membuat Semakan SAPS online. SAPS Ibu Bapa – Semakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Ibu Bapa SAPS NKRA Online adalah Aplikasi yang dibangunkan untuk memudahkan pelajar dan ibu bapa melakukan semakan dan mengetahui keputusan markah peperiksaan sekolah rendah dan menengah.

Sila muat turun dan pasang aplikasi ini di SAPS Android untuk semak sendiri keputusan peperiksaan sekolah anak anda secara online. 

Semoga perkhidmatan ini dapat membantu meningkatkan prestasi akademik para pelajar secara tidak langsung.

TALIAN SEMENTARA : 012-6497579
Waktu operasi helpdesk SAPS
Isnin – Jumaat 8:30 pg – 5:00 ptg
(kecuali cuti umum)
Rehat 1:00 ptg – 2:00 ptg
(kecuali hari jumaat 12:15 t/hari – 2:45 ptg)

Nota

Semakan keputusan peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM tidak boleh disemak melalui SAPS NKRA. Keputusan peperiksaan berkenaan boleh diperolehi oleh pelajar di sekolah masing-masing dan juga melalui semakan online SPPAT

Moga sistem SAPS Semakan Markah Online ini bermanfaat buat semua ibu bapa. Sistem dapat membantu ibu bapa dalam mengikuti perkembangan pembelajaran anak-anak merek adengan lebih berkesan dan mudah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*