Semakan Kad Debit Pelajar 2018 KADS1M

Semakan Status Permohonan KADS1M Online. Ramai pelajar yang ingin mengetahui bagaimanakah cara membuat Semakan Status Permohonan KADS1M/ Kad Debit Pelajar tahun 2018? Berikut dikongsikan cara buat Semakan Kad Debit Pelajar 2018 KADS1M yang akan dikemaskini dari masa kesemasa.

Terkini tahun 2018: Bantuan Pendidikan Tinggi atau BPPT akan dikreditkan terus ke dalam KADS1M pemegang KADS1M sediada bermula 15 Mac 2018. Ini bermakna penuntut yang telah menerima KADS1M sebelum ini tidak perlu memohon sekali lagi. Untuk pendaftaran baharu dan semakan status tahun 2018 akan diumumkan tidak lama lagi. Bagi mereka yang baru saja memohon, anda boleh mendapatkan kad anda dari cawangan Bank Rakyat berdekatan dengan anda.

  1. Bagi penerima BPPT sediada : Mereka yang layak, bayaran BPPT boleh disemak pada hari Khamis, 15 Mac 2018 bermula jam 400 petang di ATM dan i-Rakyat
  2. Penerima BPPT Baharu : Pelajar boleh menyemak kelayakan permohonan bantuan bermula dari 1 April 2018. Sekiranya layak, pelajar boleh terus membuat permohonan BPPT. Tarikh adalah tertakluk kepada sebarang perubahan

Semakan Kad Debit Pelajar 2018 KADS1M

Cara Semakan Kad Debit Pelajar 2017 Status Permohonan KADS1M

Berikut dikongsikan langkah-langkah yang boleh dijadikan panduan dalam menyemak status permohonan KADS1M anda. Jika anda masih belum mendapat e-mail daripada Bank Rakyat mengenai status permohonan Kad Debit Pelajar, anda tidak perlu risau. Untuk makluman, dua (2) daripada sembilan (9) batch Kad Debit Pelajar (KADS1M) telahpun dikeluarkan. Manakala batch terakhir akan hanya dikeluarkan sekitar bulan September 2017.

Kementerian Pendidikan Tinggi melalui kenyataan media memaklumkan yang Bank Rakyat akan menyediakan semakan KADS1M secara online bermula 1 Jun 2017. Oleh itu. pelajar yang masih belum menerima Kad Debit Pelajar adalah dinasihatkan untuk tidak panik dan menunggu dengan penuh sabar.

Semakan KADS1M Online

  • Semakan status KADS1M secara online akan diperkenalkan oleh Bank Rakyat pada 1 Jun 2017

Berikut dikongsikan cara membuat semakan status permohonan Kad Debit Pelajar secara online :-

  • 1. Applikasi semakan KADS1M https://www.bankrakyat.com.my/bppt/semak
  • 2. Sila masukkan No Kad Pengenalan/ IC
  • 3. Klik ‘Semak’
  • Sila rujuk kenyataan media Kementerian Pendidikan Tinggi Di Bawah ini sebagai rujukan

Semakan Kad Debit Pelajar 2017 Melalui Talian Hotline

Sementara menunggu semakan status secara online, pelajar noleh membuat semakan status permohonan KADS1M melalui kaedah berikut :-

  1. Telefon Bank Rakyat Hotline di 1 300 80 5454
  2. Pilih Bahasa
  3. Key in “1” untuk status permohonan KADS1M
  4. Key In No Kad Pengenalan dan tunggu sehingga panggilan anda diangkat
  5. Beritahu receptionist yang anda ingin menyemak status permohon Kad Debit Pelajar anda.
  6. Berikan maklumat lengkap anda seperti yang diperlukan
  7. Jika permohonan anda tidak terdapat dalam sistem, minta pandangan mereka bagaimana cara untuk memohon semula KADS1M
  8. Jika permohonan anda terdapat dalam sistem. tahniah diucapkan. Anda hanya perlu menunggu arahan/ dokumen selanjutnya daripada Bank Rakyat dengan penuh sabar

Semakan Status KADS1M Atas Talian

Berikut adalah kenyataan media KPT mengenai semakan status permohonan Kad Debit Pelajar secara online.

Mulai 1 Jun 2017, Bank Rakyat akan menyediakan satu sistem semakan status permohonan KADS1M yang boleh diakses secara atas talian. KADS1M berkenaan boleh diambil oleh pelajar dari Cawangan Bank Rakyat di seluruh negara berdasarkan maklumat yang didapati semasa membuat semakan.

Kementerian Pendidikan Tinggi meminta pelajar yang masih belum membuka akaun dengan Bank Rakyat untuk segera berbuat demikian. Bagi pelajar yang telah mempunyai akaun dengan Bank Rakyat sebelum ini, mereka juga masih perlu membuka akaun baru kerana bantuan tersebut akan hanya disalurkan menerusi akaun KADS1M Bank Rakyat.

Bagi pelajar yang telah menerima e-mel dari Bank Rakyat, mereka diminta untuk mengambil KADS1M masing-masing. Ini adalah kerana masih ramai pelajar yang belum berbuat demikian walaupun telah dimaklumkan oleh Bank Rakyat.

Semua urusan agihan Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi melalui KADS1M ini dijangka selesai selewatnya pada 15 Julai 2017.

Semakan Kad Debit Pelajar 2017 KADS1M

Pengambilan Kad Debit Pelajar 2017

Dokumen yang diperlukan semasa pengambilan KADS1M Debit adalah seperti berikut :-

  1. MyKad dan satu (1) salinan
  2. Kad pelajar dan satu (1) salinan
  3. Salinan Email (1) salinan

Sebarang pertanyaan mengenai KADS1M, sila hubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di talian 1300 80 5454. Untuk maklumat lanjut, sila layari iRAKYAT

Selamat membuat Semakan Kad Debit Pelajar KADS1M 2017. Semoga anda berjaya dalam membuat semakan Status Permohonan KADS1M anda.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*