Semakan Keputusan JPA MARA 2016 Online

Dikongsikan dari makluman Portal Rasmi MARA, Semakan Keputusan JPA MARA 2016 boleh disemak secara online pada 11 Mei 2016. Sebelum ini, pihak MARA juga ada memaklumkan yang panggilan temuduga & COT dan SAC bagi permohonan Program Kerjasama JPA-MARA 2016 boleh disemak secara online.

Semakan Keputusan JPA MARA 2016
Semakan Keputusan JPA MARA 2016 Online

Semakan Keputusan JPA MARA 2016 Online

Berikut adalah applikasi Semakan Keputusan Program JPA-MARA 2016 untuk pemohon Lepasan SPM 2015 :-

Semakan Keputusan Panggilan Temuduga Dan SAC

Cambridge Online Test (COT)

COT hanya dilaksanakan ke atas pelajar yang memohon Program  Akademik  Jepun. Hanya  calon  yang  disenarai  pendek  sahaja  akan dipanggil untuk menduduki COT. COT merupakan ujian pemilihan pelajar melalui sistem atas talian menggunapakai modul Cambridge English Language Assessment sebuah bahagian dibawah University of Cambridge, England. Saringan awal  ini  dapat  mengenal pasti  calon yang  mempunyai  sahsiah  diri  yang baik, berpotensi   cemerlang   dalam   pengajian, serta kesesuaian mengikut   bidang pengajian yang dipohon.

Student Assesment Centre (SAC)

Calon yang memohon  program Pertama di Government Link University (GLU) dan Program  Ijazah  Pertama  di  IPTS akan  disenarai  pendek  dan  dipanggil  untuk menghadiri  SAC. SAC  adalah  satu  bentuk  penilaian  yang  digunapakai  secara latihan dalam kumpulan.

Tarikh Program COT Dan SAC Diadakan

  1. Program COT dijadualkan pada 18 April 2016 di pusat-pusat yang telah ditetapkan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
  2. Program SAC dijadualkan pada 18 April 2016 hingga 22 April 2016 di pusat-pusat yang telah ditetapkan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Dokumen Yang Perlu Di bawa Semasa Menghadiri Program COT/SAC

Dokumen yang perlu di bawa semasa menghadiri COT/SAC

Dokumen Asal

  • (a) My-Kad/ Kad Pengenalan calon
  • (b) Sijil Kelahiran Calon serta Ibu dan Bapa
  • (c) Sijil Berhenti Sekolah/ Sijil Pencapaian Ko-Kurikulum
  • (d) Sijil Warganegara Ibu/ bapa
  • (e) Kad Pesara/ Slip Gaji Ibu/ Bapa/ Penjaga
  • (f)  Borang Pengesahan Pendapatan Bulanan Keluarga

Satu (1) Salinan Dokumen yang disahkan

  • (a) Sijil Kelahiran Calon dan Ibu/ Bapa
  • (b) Sijil Warganegara Calon dan Ibu/ bapa

Sumber FAQ Program JPA MARA 2016

Tahniah kepada pelajar yang berjaya dalam permohonan Program JPA-MARA 2016.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*