Semakan Keputusan Penolong Pegawai Tadbir N29 Online

Semakan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29. Perhatian buat calon yang bakal menduduki peperiksaan online Penolong Pegawai Tadbir N29. Menerusi makluman SPA, semakan peperiksaan online Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 untuk senarai nama yang dipanggil kini boleh disemak secara online. Peperiksaan akan diadakan pada hari Isnin, 5 Disember 2016 bermula jam 800 malam sehingga 940 malam. Tarikh Semakan Keputusan Penolong Pegawai Tadbir N29 pula boleh disemak pada 13 Disember 2016 bermula jam 500 petang menurut pengumuman rasmi dari FB/ Portal SPA.

Semakan Keputusan Penolong Peperiksaan Pegawai Tadbir N29 Online
Keputusan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 Online

Semakan Keputusan Penolong Pegawai Tadbir N29

Peperiksaan online Penolong Pegawai Tadbir N29 akan dijalankan secara online selama 1 jam 40 minit. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan semakan peperiksaan dan semakan keputusan peperiksaan.

Semakan Peperiksaan Online (Calon Berjaya Dipanggil Menduduki Peperiksaan)

Semakan Keputusan Peperiksaan

SEE ALSO  Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan Online

Pengumuman Rasmi SPA

Semakan Keputusan Penolong Pegawai Tadbir N29 Online

Sumber FB SPA

DESKRIPSI TUGAS

Berikut pula adalah deskripsi tugas yang dipetik dari SPA sebagai panduan buat calon peperiksaan semua. Antara maklumat yang dikongsikan adalah syarat kelayakan, jadual gaji dan had umur lantikan.

  • Jawatan : Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
  • Kumpulan : Pelaksana
  • Kementerian/Jabatan : Jabatan Perkhidmatan Awam/ Kementerian Pertahanan

Jadual Gaji

  1. GAJI MINIMUM : RM1,493.00
  2. GAJI MAKSIMUM : RM5,672.00
  3. KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM145.00

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  3. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
  4. Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00)
  5. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95).
SEE ALSO  Semakan Keputusan UPU 2017 Online

Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu tadbir (Perkeranian/ Operasi), Pembantu Setiausaha Pejabat, Pembantu tadbir (kewangan), Pemeriksa Cap jari dan pegawai Khidmat Pelanggan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  1. Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
  2. Lulus Peperiksaan Khas; dan

Had umur pelantikan:
Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

SEE ALSO  Semakan Keputusan EgTukar Jun 2017 Online

Deskripsi Tugas

Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang.

Tahniah yang diucapkan kepada mereka yang berjaya layak menduduki peperiksaan online pada 5 Disember 2016. Semoga anda berjaya lulus dalam Semakan Keputusan Penolong Pegawai Tadbir N29 Online.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*