Semakan Keputusan Dan Rayuan Tingkatan 6 2017

Semakan Tingkatan 6 2017 Online Dan SMS. Berita baik buat pelajar lepasan SPM 2016, semakan keputusan tawaran kemasukan murid ke Tingkatan Enam (Tingkatan 6) di sekolah menengah bantuan penuh kerajaan boleh disemak bermula dari 16 April 2017. Calon boleh merujuk kepada maklumat penting Semakan Keputusan Dan Rayuan Tingkatan 6 2017 di bawah ini.

Tahniah kepada mereka yang berjaya dan kepada mereka yang gagal anda boleh membuat rayuan sehingga tarikh tutup.

Semakan Keputusan Dan Rayuan Tingkatan 6 2017

Semakan Keputusan Dan Rayuan Tingkatan 6 2017

Berikut dikongsikan maklumat penting mengenai Semakan Keputusan Dan Rayuan Tingkatan 6 2017 yang mengandungi maklumat tarikh dan applikasi semakan, tarikh pendaftaran dan sebagainya untuk panduan pelajar semua :-

1) Semakan online Tingkatan 6

Keputusan tawaran Tingkatan 6 boleh disemak seperti berikut :-

  1. Semakan Tawaran : 16 April 2017 sehingga 12 Mei 2017
  2. Tarikh pendaftaran : 2 Mei 2017
  3. Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, surat tawaran MESTI DICETAK SEGERA dan dibawa semasa hari pendaftaran di sekolah yang ditetapkan pada 02 Mei 2017
  4. Calon yang sedang menunggu tawaran UPU, PERLU MELAPOR DIRI di sekolah yang ditetapkan
  5. Bagi calon yang mengambil SPM Ulangan 2017, permohonan rayuan ke Tingkatan Enam hanya boleh dibuat pada sesi kemasukan Tahun 2018.
SEE ALSO  Semakan Keputusan IPG 2017 Online PISMP

Keputusan Rayuan Tingkatan 6 2017

  • Tarikh semakan : 13 Jun sehingga 23 Jun 2017
  • Tarikh Pendaftaran : 19 Jun 2017
  • Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, surat tawaran MESTI DICETAK SEGERA dan dibawa semasa hari pendaftaran di sekolah yang ditetapkan pada 19 Jun 2017

Link Applikasi Semakan Dan Rayuan

2) Semakan melalui SMS

Pelajar juga boleh membuat semakan melalui SMS dengan mengikuti langkah berikut:-

  • 1) Taip MOE<jarak>T6<jarak>No Kad Pengenalan dan hantar SMS ke 15888
  • 2) Taip MOE<jarak>T6<jarak>Angka Giliran dan hantar SMS ke 15888

Soalan Penting Tawaran Tingkatan 6 Sesi 2017/ 2018

Berikut dikongsikan soalan lazim berkautan permohonan dan rayuan Tingkatan 6 2016 yang boleh di muat turun di FAQ Tingkatan 6

SEE ALSO  Daftar E-Kasih Online Jabatan Kebajikan Masyarakat

1. Adakah perlu memohon untuk masuk ke Tingkatan Enam Bawah selepas keputusan
SPM diumumkan?

Tidak perlu. Lepasan SPM yang layak dan mencukupi syarat ke Tingkatan Enam akan ditawarkan secara automatik. Semakan boleh dilakukan melalui laman web KPM dalam tempoh 30 hari bekerja selepas keputusan SPM diumumkan.

2. Bagaimana untuk mendapatkan Surat Tawaran Kemasukan ke Tingkatan Enam bagi
tujuan pendaftaran masuk?

Surat tawaran boleh dimuat turun dan dicetak di halaman laman web KPM yang dipaparkan. Semua maklumat tawaran termasuk sekolah yang ditempatkan serta makluman yang perlu diberi perhatian akan dinyatakan dalam laman web dan surat tawaran yang dimuat turun

Tahniah kepada yang berjaya menerima tawaran Tingkatan 6 2017. Semoga anda terus cemerlang dalam pendidikan anda dalam mengejar cita-cita yang diinginkan.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*